YANG TERKINI

COMEL KOT - Patung Kertas Dijalanan Dijadikan Sebagai Simbol Protes? (16 Gambar)

Memang cute!

Projek seni ini menampilkan patung kertas yang cute di jalanan ini adalah merupakan sebagai reaksi terhadap ketidakstabilan politik yang berlaku di Belarus pada musim luruh tahun 2011 yang lalu.

Digelar sebagai 'negara diktator terakhir di Eropah', Belarus ketika itu yang baru selesai pilihanraya pemilihan presiden pada Disember 2010 menyaksikan keadaan tidak stabil di mana hampir setiap hari penangkapan dibuat, protes aman dan apa-apa sahaja bentuk perhimpunan diharamkan. Keadaan ini menyebabkan Minsk, ibu negara Belarus menjadi lengang.

Sebagai reaksi terhadap ketidakadilan ini, satu projek seni dilancarkan sebagai simbolik untuk mengganti pihak rakyat yang dilarang daripada berhimpun dan menyuarakan pendapat. Digelar sebagai 'Freedom on Paper', patung-patung kertas berbentuk kartun manusia diletakkan di sekitar tempat-tempat ikonik di Minsk dan diambil gambar sebagai usaha untuk memberi inspirasi dan harapan kepada rakyat.

Projek ini mendapat sambutan di mana ramai di kalangan pengikut mereka di Belarus dan negara-negara luar yang mencetak patung kertas tersebut dan mengambil gambar masing-masing di bandar-bandar di sekitar Eropah. Kat negara kita tak nak buat ke? Oh lupa, orang Malaysia sukakan perhimpunan.








Sumber: Projek Seni

No comments