YANG TERKINI

GOSSIP KOT - Perkahwinan Rozita Che Wan dan Saidin Sudah Ada Penaja? (3 Gambar)

Untung la jadi artis...

Kami di Hairan Blog tidak terkecuali mengikuti perkembangan mengenai Rozita Che Wan dan Saidin. Baru - baru ini, kami difahamkan majlis  perkahwinan Rozita Che Wan dan Saidin sudah ada penaja. Wah, untungnya menjadi selebriti di Malaysia ini. Mana tidaknya, banyak pihak berebut-rebut untuk menaja apabila tiba hari perkahwinan.



Yang menariknya, tajaan tersebut merangkumi lokasi, makanan, pakaian dan sebagainya. Cuma tajaan untuk cenderamata sahaja belum ditentukan lagi. Kata Che Ta kepada Utusan Malaysia:-
Cuma satu sahaja barang yang belum mendapat penajaan iaitu cenderamata untuk tetamu. Berkenaan dengan tarikh, masih rahsia. Tunggu sahaja, kami akan mengumumkan tarikh sebenarnya dalam satu sidang media tidak lama lagi. Untuk lebih adil bagi semua pihak, hanya selepas sidang media, kita akan ketahui siapakah yang akan dipilih untuk penaja untuk pakaian, lokasi, makanan dan sebagainya bagi perkahwinan itu nanti

Kami di Hairan Blog rasa tak sabar pula nak tunggu pengumuman tarikh perkahwinan mereka. Sampai sekarang masih dirahsiakan. Harap-harap akan dilangsungkan tahun ini juga. Lelaki diluar sana, jangan menangis, kami pun faham perasaan korang! Sob3...

Sumber: KoleksiCeritaBest melalui BeautifulNara


4 comments: