YANG TERKINI

KREATIF KOT - Rumah Sempit Yang Direka Dengan Ruang Yang Selesa? (8 Gambar)

Mohon deko rumah kami jugak!

Di kebanyakan bandaraya-bandaraya besar di seluruh dunia, antara yang menjadi masalah yang merumitkan adalah kawsan perumahan kerana kepadatan penduduk yang semakin meningkat.

Cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan mereka ruang kediaman yang lebih efisien dalam penjimatan ruang. Di Jepun contohnya, arkitek Shintaro Fujiwara dan Yoshio Muro dari Fujiwaramuro Architects telah mereka rumah sempit yang selesa didiami di atas tanah sekecil 37 meter persegi. Bertempat di daerah Hyogo di Jepun, antara ciri istimewa pada rumah sempit ini ialah pada bahagian facade yang dihiasi  daripada bahan binaan kayu.

Rumah setinggi tiga tingkat ini dilengkapi dengan dua buah bilik tidur, ruang tamu, ruang makan, dapur, bilik stor dan juga garaj. Selain itu ianya juga dilengkapi dengan skylights yang berfungsi menjimatkan elektrik dengan menyediakan pencahayaan semulajadi ke dalam rumah.

Jangan sempitkan imaginasi dengan apa yang anda nampak pada realitinya. Kami gemar melihat hasil - hasil kreatif yang melibatkan ruang yang sempit. Jadi luaskan pemandangan, luaskan imaginasi.





Sumber: Rumah Sempit di Jepun

3 comments: