YANG TERKINI

SERAM KOT - Lagu Ini Boleh Membuatkan Anda Bunuh Diri? (4 Gambar + Video)

WARNING! Jangan mainkan lagu ini jika semangat anda tidak kuat. Kebarangkalian untuk anda depress dan menjadi moody sangat tinggi. Lagu ini berupaya membuat anda bunuh diri.


"Gloomy Sunday" adalah sebuah lagu yang dikompose oleh seorang pianist dan komposer Hungarian bernama Rezso Seress. Lagu ini diterbitkan pada tahun 1933. Lagu ini diberi jolokan sebagai "Hungarian Suicide Song" kerana menjadi penyebab kepada kes - kes bunuh diri pada tahun ia diterbitkan.

Pada Disember 1932, Rezso Seress berkali - kali mencuba untuk menjadi seorang penulis lagu di Paris namun sentiasa gagal dengan teruk. Kesemua rekod yang ditulis dan dikompose beliau tidak dapat menarik minat pihak penerbitan Perancis, tetapi Seress sentiasa berusaha untuk mengejar cita - citanya. Kekasihnya sering kali bertengkar mengenai cita - cita Seress yang tidak kesampaian. Kekasihnya lebih rela Seress menjadi seorang pekerja biasa daripada menghabiskan masa mengejar cita - citanya yang sia - sia. Namun, akibat dari terlalu banyak pertengkaran berlaku, kekasihnya mengambil keputusan untuk meninggalkannya. Rezso Seress terpaksa akur dengan keputusan kekasihnya walaupun beliau amat mencintainya.



Selepas seminggu berlalu tanpa kekasihnya, Seress duduk di kerusi piano di apartmentnya sambil memandang ke jendela tingkap melihat awan di kota Paris. Cuaca pada hari tersebut (hari Ahad) agak mendung, diikuti hujan yang lebat.

"What a Gloomy Sunday". Seress berkata kepada dirinya sambil beliau bermain piano. Tiba - tiba, semasa beliau bermain, secara tidak sengaja beliau memainkan sebuah melodi yang sangat pelik sehinggakan beliau merasa sangat depress dan kecewa. Tambahan pula, beliau baru ditinggalkan kekasihnya. "Yes, Gloomy Sunday". Rezso Seress mengambil nama tersebut sebagai tajuk lagu terbarunya. Tanpa membuang masa, beliau terus menulis lagu tersebut dan setelah 30 minit berlalu, lagu tersebut berjaya disiapkan.

Seress terus menghantar lagu hasil ciptaannya kepada penerbit music dan menunggu jawapan dari pihak tersebut dengan penuh harapan. Beberapa hari kemudian, lagu tersebut dikirim kepada Seress semula dengan surat menolak lagu tersebut kerana lagu yang dihasilkan mempunyai nada dan melodi yang sangat depress. Seress tidak berputus asa. Beliau menghantar karyanya kepada penerbit yang lain, dan akhirnya mereka bersetuju untuk menerbitkan lagu "Gloomy Sunday".


Beberapa bulan telah berlalu setelah lagu Gloomy Sunday telah siap diterbitkan dan menjadi popular. Semenjak dari situ, berlaku pelbagai kejadian malang yang berkait dengan lagu tersebut. Di Berlin, seorang pemuda meminta sebuah band untuk memainkan lagu Gloomy Sunday. Setelah lagu tersebut dimainkan beliau pulang kerumahnya dan menembak dirinya dikepala selepas merungut melody lagu itu sentisa terngiang - ngiang di kepalanya. Lagu itu ialah Gloomy Sunday.

Seminggu selepas itu, di bandar yang sama, seorang perempuan dijumpai dalam keadaan tergantung di flat rumahnya. Apabila Polis menjalankan siasatan, mendapati terdapat record lagu Gloomy Sunday di bilik tidurnya. Dua hari selepas kejadian, seorang setiausaha di New York meracuni dirinya dengan gas, dan beliau meninggalkan secebis nota meminta agar lagu Gloomy Sunday dimainkan pada hari pengebumiannya.

Seminggu berlalu, seorang warga New York berumur 82 tahun, bertindak melompat keluar dari cermin tingkap di apartmentnya setinggi 17 tingkat selepas lagu Gloomy Sunday itu dimainkan. Juga pada masa yang sama, seorang remaja di Rome membunuh diri dengan terjun dari atas jambatan setelah mendengar lagu Gloomy Sunday.

Akhbar seluruh dunia melaporkan banyak kejadian bunuh diri yang melibatkan lagu ciptaan Rezso Seress itu. Sebuah akhbar tempatan melaporkan seorang wanita di Utara London memainkan lagu Gloomy Sunday sebanyak 78 kali dengan volume yang tinggi mengakibatkan jiran - jiran sekeliling marah terhadap tindakkannya. Berang dengan kelakuan wanita tersebut, jiran - jirannya menyerbu rumah wanita itu dan mendapati wanita itu mati diatas kerusi akibat daripada overdose barbiturates. Rupa - rupanya, stylus pemain piring hitam wanita itu jammed menyebabkan lagu tersebut dimainkan berulang kali.

Rezso Seress pada ketika itu berjaya mengecapi cita - citanya sebagai seorang penulis lirik. Beliau kemudiannya menulis surat kepada bekas kekasihnya sebagai tanda ingin berdamai dan mahu mulakan hidup yang baru bersama kekasihnya yang tercinta. Namun, Seress diberitahu oleh polis bahawa teman wanitanya telah membunuh diri dengan meminum racun. Manakala pihak polis menjumpai record lagu iaitu lagu Gloomy Sunday ciptaan beliau sendiri di sebelah mayat kekasihnya. "What a Gloomy Sunday"


Korang nak dengar juga lagu ini? Kami di Hairan Blog tidak akan menjamin keselamatan korang, apa yang penting pastikan korang tidak menghiraukan bisikkan di telinga korang memasa mendengar lagu ini.


Sumber: KoleksiKisahBest

7 comments:

  1. aku dgr dah byk kali..alhamdulillah sampai sekarang hidup..benda ni sebenarnya psiko je. kita org Islam ada iman, jadi insyaAllah tak jadi isu bunuh diri..iman tak kuat, memang jadi la..

    ReplyDelete
  2. @fara hanim, katanya lagu ni sesuai dgr waktu ko down giler2..pastu pasti akan ader suara berbisik......................yusuf taiyoop

    ReplyDelete
  3. @Syam Kiri
    HAHAHAHAHA...terbaik ko punya bisikan....tetiba aku rasa down...

    ReplyDelete
  4. banyak kali dengar , takde pape pum jadik

    ReplyDelete
  5. @zecforolmoso Cer dengar tepi kubur, time mlm2 la..aku rase ader efek kot..

    ReplyDelete