YANG TERKINI

SERIUS KOT - Gambar Sekitar Perhimpunan Blackout 505 di Padang Merbok Semalam (21 Gambar)

Siap ada orang buka tapak jualan lagi. Perhimpunan atau nak ambik kesempatan??

Kredit kepada laman Malaysiakini yang telah berkongsi puluhan gambar sekitar perhimpunan Black 505 di Padang Merbok yang sedang berlangsung ketika ini. Perhimpunan Black 505 ini adalah yang terbesar pernah dianjurkan, orang ramai dilihat mula berkumpul sejak awal pagi lagi. Sehingga petang, Padang Merbok telah dibanjiri orang ramai yang hadir tanpa paksaan.

Para wartawan Malaysiakini menjadi media tempatan yang secara sukarela membuat liputan sepanjang perhimpunan ini berlangsung. Para peserta terus melaungkan slogan “Hidup, hidup rakyat. Hancur, hancur kezaliman. Turun (letak jawatan), turun Pengerusi, Timbalan Pengerusi SPR." ketika berarak ke Padang Merbok dari semua tujuh lokasi utama tempat berkumpul sejak pagi tadi.

Kami di Hairan Blog hairan ada segelintir peserta Perhimpunan Black 505 yang datang membawa anak - anak kecil. Ini bukannya karnival atau pasar malam. Jangan libatkan anak - anak yang masih kecil. Kami tidak setuju 100% ibu bapa yang bengong membawa anak mereka ke perhimpunan politik sebegini!









p/s: Kerajaan Malaysia masih lagi membela nasib rakyat. Jangan jadi seperti Singapore, harga kereta disana boleh beli 3 biji kereta disini. #TrueStory

No comments