YANG TERKINI

WTF KOT - 10,000 Buku Dibuang dan Dinyalakan? (7 Gambar)

Nice idea! boleh buat dekat Malaysia tak?

Sebenarnya, buku -buku ini tidak dibuang, tetapi disusun sedemikian rupa bagi menyambut Festival Cahaya Musim Sejuk. 

Bagi Festival Cahaya Musim Sejuk di Melbourne, ahli seni kolektif Sepanyol, Luzinterruptus telah ditugaskan untuk mencipta karya seni yang agak literal dan mampu menarik pengguna jalan raya. Lebih 10,000 buah buku terpakai, yang didermakan oleh perpustakaan awam dan dipungut oleh Salvation Army telah dinyalakan dengan lampu dan kemudiannya di atur seperti sebatang sungai yang memenuhi bandar.

Sejak pertama kali di jalankan di New York, karya 'Sastera vs. Trafik' ini adalah lebih besar dan lebih baik, dan menjadi salah satu karya terbesar mereka. Pada malam akhir penyusunan buku , para pengunjung digalakkan mengambil buku di situ untuk dibawa pulang ke rumah masing-masing.

Pihak Luzinterruptus telah meletakkan beberapa gambar di dalam blog mereka yang memaparkan wajah-wajah orang ramai yang ingin tahu dan berinteraksi dengan buku-buku di situ. Agak menarik untuk di fikirkan bagaimana mereka mampu mengeluarkan idea yang menarik ini.






No comments