YANG TERKINI

COOL KOT - Halden Prison, Penjara Paling Best Dan Mantap Di Dunia (12 Gambar)

Ini penjara ke akademi banduan?

COOL KOT - Halden Prison, Penjara Paling Best Dan Mantap Di Dunia | Ini memang sebuah penjara di Norway yang dibina pada tahun 2010 iaitu Halden Prison. Penjara ini mempunyai 250 orang banduan dan dikawal oleh 340 orang staf penjara. Apa yang menarik bagi kami adalah dalam penjara Halden ini, setiap sel banduan mempunyai satu peti sejuk dan sebuah TV. Selain itu, setiap banduan bebas untuk bergerak di dalam kawasan penjara yang seluas 30 hektar tanpa sebarang halangan.

Banduan juga diberikan masa sebanyak 1.5 jam untuk menggunakan gim setiap hari. Banduan di sini juga diberi gaji sebanyak RM30 setiap hari dan pada hujung minggu mereka dibenarkan untuk belanjakan duit itu di supermarket. Ini kerana banduan di sini juga dibenarkan untuk masak makanan sendiri. Banduan perlu masuk ke dalam sel mereka dari jam 8:30 pm sehingga 7:30 pagi sahaja. Setakat ini belum ada lagi sebarang serangan ke atas mana-mana staf.









HairanBlog - Ini di Norway, mungkin melalui cara sebegini mereka dapat membentuk semula mentaliti banduan untuk berubah dan menjadi individu yang berguna kelak. Cuba buat di Malaysia, agaknya jadi baik tak? Rasanya semua tak nak keluar penjara kot. Dah macam hotel je aku tengok. Hahaha! 

Sumber: KoleksiCeritaBest

No comments