YANG TERKINI

COOL KOT - Hotel Kapal Layar Yang Terdampar Di Lautan? (6 Gambar)

Cool siak!

COOL KOT - Hotel Kapal Layar Yang Terdampar Di Lautan? | Ia terletak tinggi di atas tebing pantai di Jeongdongjin, sebuah bandar pelancongan Korea Selatan yang dikenali kerana mempunyai pandangan matahari terbit yang memukau. Menurut visitkorea.com, sebuah kapal pelayaran yang nampak seperti hanyut dan terdampar di tebing pantai diberi nama Sun Cruise Resort & Yacht.

Hotel ini dibina dengan 165 meter panjang, 45 meter tinggi, dan 30,000 tan berat. The Sun Cruise Resort mempunyai 211 bilik seperti kondominium, kolam renang air laut, restoran Korea, kelab malam, dan karaoke. Ia juga menawarkan enam bilik fungsi state-of-the-art untuk seminar dan bengkel.

Resort ini telah direka untuk memberikan pelancong merasai pengalaman menaiki kapal pelayaran tanpa mabuk laut. Dibuka pada tahun 2002, ia menjadi salah satu tarikan yang paling popular di Korea Selatan.



HairanBlog - Teringin untuk bercuti seperti ini, tapi duit menjadi penghalang. Huhu. Kena kumpul duit manyak2 nih!

Sumber: KoleksiCeritaBest melalui AmusingPlanet

2 comments:

  1. bila dah berduit, mabuk laut pun boleh naik kapal mewah..

    duduk dalam kapal mewah tu..pejam pejam mata sambil verangan yang kononnya kapal tu ada kattengah lautan la kan... kikikikik..

    ReplyDelete