YANG TERKINI

GOSSIP KOT - Ashraf Muslim Beri Jawapan Isu Kahwin Lari Di Thailand (2 Gambar)

Jawapan macam kantoi je?

GOSSIP KOT - Ashraf Muslim Beri Jawapan Isu Kahwin Lari Di Thailand | Isu perkahwinan senyap-senyap Ashraf Muslim dan Wan Sakinah terus hangat diperkatakan minggu ini apabila terdapat dakwaan mengatakan mereka melangsungkan pernikahan secara kahwin lari. Kami di HairanBlog ingin sangat tahu apakah alasan Ashraf Muslim mengambil tindakan sebegini dan akhirnya Ashraf Muslim membuka mulut menerangkan satu persatu.

Menurut apa yang kami baca di BeautifulNara dan CeritaKosongKu, mereka merujuk kepada BiPop semalam, Ashraf Muslim telah  menafikan sekeras-kerasnya dakwaan demikian. Menurut Ashraf, perkahwinannya dengan Wan Sakinah turut dihadiri ibu bapa sebelah perempuan dan sebahagian keluarganya.
Ya memang betul saya berkahwin seorang lagi pada 7 Julai lalu di Thailand dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi. Kami berkahwin di luar negara dengan mengikut syarak. Ini bukan kahwin lari sebab saya berkahwin dengan Wan Sakinah mendapat restu ibu bapanya. Malah, ibu bapa Wan Sakinah juga bersama kami ketika majlis pernikahan di Thailand itu. Malah ada juga ahli keluarga saya yang turut bersama dalam rombongan kami ke Bangkok. Jadi, saya nafi kahwin lari, cuma kami berkahwin di luar negara dan mendapat restu ibu bapa Wan Sakinah dan keluarga saya.

Apabila ditanya alasan mengapa tidak memberitahu Dayana dan bapa mertuanya mengenai hasratnya untuk berkahwin di Bangkok, Ashraf Muslim menerangkan:-
Saya ada alasan mengapa saya tidak boleh beritahu terlebih dahulu mengapa saya pergi ke Bangkok. Takkan saya nak beritahu, saya nak ke sana untuk kahwin lagi. Saya ada sebab, sebab mudahnya saya tidak mahu kecoh-kecoh urusan ini. Hari itu, apabila saya hantar surat permohonan poligami pun sudah jadi kecoh, jadi saya fikir, perkara ini kena teruskan dengan cara baik dan senyap-senyap asalkan ia bukan kahwin lari dan mendapat restu.
Selepas pulang dari Bangkok, memang niat saya untuk beritahu Dayana mengenai hal perkahwinan saya dengan Wan Sakinah, tetapi masa sesuai belum ada… tetapi apa nak buat, Dayana tahu hal ini terlebih dulu apabila melihat salinan dokumen dalam beg pakaian saya. Dia yang kemaskan beg dan pakaian saya, tentulah dia terjumpa dokumen dalam beg. Dayana minta penjelasan, jadi saya berterus terang.

Selain disoal tentang isu tidak memberitahu Dayana dan bapa mertuanya, Ashraf turut ditanya berkenaan permohonan poligami yang dibuatnya di Mahkamah tiga bulan lepas yang akhirnya dia mengambil keputusan untuk bernikah secara senyap-senyap di Thailand. Ini bunyi jawapan hebat Ashraf Muslim.
Ada sebab kenapa saya dan Wan Sakinah tukar perancangan untuk bernikah di Thailand. Saya harus cakap, saya terpaksa pilih cara ini. Tapi, saya tegaskan, kami bukan kahwin lari. Emak dan bapa Wan Sakinah juga pergi ke sana bersama kami. Ini bukan kahwin lari tetapi keadaan yang menyebabkan saya terpaksa tukar rancangan. Alhamdulillah… keluarga mereka terima saya dengan baik. Cuma, Wan Sakinah tentulah juga berasa sedih sekarang kerana tidak sangka boleh kecoh begini (berita dalam media massa).
HairanBlog - mungkin jawapan yang diberikan oleh Ashraf Muslim sedikit meragukan tetapi yang penting Ashraf Muslim cuba tampil memberikan penjelasan. Namun, kami tidak setuju dengan tindakan beliau. Itu pendapat kami. Pendapat korang?

Sumber: KoleksiCeritaBest melalui BeautifulNara dan CeritaKosongku

2 comments:

  1. pendapat mama, memang tak patut!! kenapa nak sembunyikan hal ni dari isteri pertama? dia bukan patung perhiasan yang takde perasaan..

    kejam statement ashraf ni! walau apa pun alasan, semuanya tak masuk akal.

    ReplyDelete
  2. setuju dgn @Norhasniza Khalid, saya ingt maybe ade penjelasan lain yg munasabah tapi ape yg Ashraf ckp nie sedikit mengecewakan la..

    ReplyDelete