YANG TERKINI

GOSSIP KOT - Fara Fauzana Insuranskan Suaranya? (3 Gambar)

Tindakan yang betul tu!

GOSSIP KOT - Fara Fauzana Insuranskan Suaranya? | Kami difahamkan melalui mStar Online, Penyampai radio Hot FM Fara Fauzana mendedahkan dia telah menginsuranskan suaranya sebagai langkah berjaga-jaga jika ia gagal berfungsi atas penyakit-penyakit tertentu.


Fara atau nama sebenarnya Farah Fauzana Mohd Fadzil, 33, berkata, walaupun ia kedengaran pelik, tetapi dia menyifatkan suaranya begitu penting dan sebagai penyumbang utama memberikan rezeki kehidupan buat diri sendiri dan keluarga.
"Saya mengambil insurans kesihatan yang turut disertakan dengan perlindungan suara sekali. Malu nak bercakap tentang hal ini, maklumlah saya bukannya penyanyi. Datuk Siti Nurhaliza pun tak insuranskan suara dia agaknya.
"Tetapi bagi saya ia penting kerana kerja harian saya menggunakan suara bukan sahaja di konti radio tetapi juga di luar di mana saya mengacarakan pelbagai acara majlis.
"Hati saya mula terdetik untuk menginsuranskan suara selepas pernah pada satu kejadian, saya tidak sakit, tetapi suara hilang dan ia buatkan saya risau," katanya.

Tambah Fara, dia juga pernah terfikir apakah yang akan terjadi sekiranya satu hari nanti dia tidak mempunyai suara lagi. Namun, selain membuat perlindungan insurans suara, dia juga sudah merancang akan memberi fokus kepada kerjaya di belakang tabir penyiaran radio pula.



HairanBlog - Bagus tindakan Fara Fauzana, sekurang - kurangnya beliau memikirkan masa depannya jika terjadi apa - apa dikemudian hari. Begitu juga pelukis yang menggunakan tangan untuk menghasilkan karya. Juga perlu insurankan tangan mereka Bagaimana pula dengan blogger?

Sumber: HairanBlog melalui mStar Online

2 comments: