YANG TERKINI

GOSSIP KOT - Nama Sherry Ibrahim Semakin Popular Kerana Teduhan Kasih? (4 Gambar)

Jujur kami suka watak Kak Long. Hahaha!

GOSSIP KOT - Nama Sherry Ibrahim Semakin Popular Kerana Teduhan Kasih? | Apa yang kami hendak perkatakan di sini ialah populariti Sherry semakin meningkat dengan mendadak sejak membintangi drama Teduhan Kasih dengan Adi Putra beserta Nabila Huda dan Zarina Zainuddin walaupun beliau sudah lama berada dalam industri.


Menurut Sinar Harian, Pengurus Besar Kumpulan TV3 dan TV9, Sherina Nordin dalam satu kenyataan memberitahu yang drama Teduhan Kasih yang disiarkan melalui Slot Akasia di TV3 mencipta sejarah tersendiri:-
"Kami amat terharu dengan sokongan yang diberikan oleh penonton-penonton setia TV3 sehingga mencipta rekod baru untuk drama ini dengan syer penonton sebanyak 53 peratus dan jumlah penonton tertinggi sebanyak 3.6 juta. Dengan itu, kami berharap agar terus menerima sambutan hebat daripada jutaan penonton kami agar TV3 kekal sebagai saluran TV pilihan Nombor Satu negara.
Kami juga difahamkan bahawa darama siri Teduhan Kasih juga mencipta rekod baru dalam sejarah portal video, Tonton di mana ia merupakan drama pertama yang berjaya mencatat tontonan video tertinggi hampir 3 juta sepanjang musim termasuk episod akhir.

Selain itu, sebanyak 413,865 tontonan tercatat menerusi LIVE TV sepanjang musim di laman web, Tonton.


HairanBlog - Kami ingin bertanya kepada korang, Pada pendapat korang la, apa yang menyebabkan drama ini begitu berjaya? Adakah sebab lakonan Adi Putra sebagai Ehsan, Lakonan Sherry Ibrahim ataupun watak ‘pengacau’ yang dilakonkan oleh Nabila Huda? Atau ada sebab lain? Jom kongksikan pendapat korang bersama kami.


No comments