YANG TERKINI

GOSSIP KOT - Sebenarnya Pekin Ibrahim dan Uqasha Senrose Sudah Bertunang (2 Gambar)

Alhamdulillah bagus la kalu macam tu!

GOSSIP KOT - Sebenarnya Pekin Ibrahim dan Uqasha Senrose Sudah Bertunang | Dalam diam, pasangan selebriti popular Uqasha Senrose dan Pekin Ibrahim sudah pun mengikat tali pertunangan pada awal bulan Julai 2013. Berita gembira ini disahkan sendiri oleh Pekin menerusi media hiburan.

Sebelum ini melalui gambar yang dimuatnaik oleh pelakon Uqasha Senrose menimbulkan tanda tanya tentang hubungan cintanya bersama pelakon Pekin Ibrahim. Ada gosip yang mendakwa mereka telah pun berpisah. Kami pun turut hairan kenapa gossip mereka berpisah tersebar. Korang boleh rujuk entri kami di sini:


Namun, Pekin tampil membuat pengesahan bahawa hubungan mereka masih lagi berjalan seperti biasa dan tidak mempunyai sebarang masalah.




“Memang kebelakangan ni status dia nampak sedih sebab dia mengadu terlalu penat shooting disebabkan jadual pengambaran yang padat. Sebenarnya puisi tu tak bermaksud apa-apa pun,” ujar Pekin Ibrahim.
Malah, Pekin juga membuat pengakuan bahawa dia dan keluarganya telah pun menghantar rombongan merisik dan telah pun bertunang pada awal bulan ini.
“Ya, saya dan keluarga telah menghantar rombongan merisik dan saya dan Uqasha sudah bertunang pada awal bulan ini,” kata Pekin Ibrahim tanpa berkongsi sebarang butiran lanjut.

HairanBlog - Bagus la kalau mereka telah bertunang. Tetapi jangan la pulak nanti kahwin di Thailand ye. Tok Kadi dekat Malaysia ni tak makan orang pun. Hahaha. Kami cuma bergurau. Tak payah nak butthurt.

Sumber: KoleksiCeritaBest melalui OhArtis

No comments