YANG TERKINI

GOSSIP KOT - Zizan Bakal Ganti Apek Dalam Cicakman Akan Datang? (2 Gambar)

Cicakman ada power ke?

GOSSIP KOT - Zizan Bakal Ganti Apek Dalam Cicakman Akan Datang? | Kami difahamkan PELAWAK dan pelakon terkenal, Zizan Razak akan menggantikan Saiful Apek menerusi siri filem francais terbitan KRU Studios yang bakal memulakan penggambarannya bermula 15 Ogos depan. Selain Zizan, barisan pelakon lain yang terlibat dalam pembaharuan filem Cicak Man 3 itu ialah Lisa Surihani, Fizz Fairuz dan Yus Jambu.

Mengulas mengenai perkara itu, Ketua Pegawai Ekskutifnya, Norman Abdul Halim berkata kepada Berita Harian, “memang ada beberapa elemen pembaharuan dalam judul ketiga ini, tetapi kita masih lagi mengekalkan kesinambungan cerita di antara filem yang pertama hingga ketiga. Logo Cicak Man juga masih kita kekalkan, cuma mungkin ada pembaharuan dari segi kostum”.



Sebelum ini, watak Cicak Man digalas oleh Saiful Apek menerusi menerusi filem Cicak Man dan Cicak Man 2 – Planet Hitam dan turut dibintangi oleh artis popular seperti Fasha Sandha, Yusry, Datuk Aznil Nawawi dan Datuk Ac Mizal.

HairanBlog - Kami mohon Cicakman diberi sebarang dua jenis power yang relevan dan memukau, bukannya melekat didinding atau mempunyai lidah yang panjang sahaja. Kan lagi best kalau korang bikin filem Keluang Man!

Sumber: KoleksiCeritaBest melalui TheFaceBlog

No comments