YANG TERKINI

SERIUS KOT - Upah RM15, 000 Untuk 'Malaikat Maut'?

Business macam nih patut dibanteras sekeras - kerasnya.

Kami Di HairanBlog difahamkan, ‘kontrak’ pembunuh upahan adalah kes terpencil di Malaysia namun sejak kebelakangan ini ia mula hangat diperkatakan semula selepas beberapa kes kematian dikaitkan dengan mereka termasuk beberapa kes berprofil tinggi.


Antaranya ialah kes membabitkan Timbalan Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Bahagian Perkastaman/Cukai Dalam Negeri Datuk Shaharuddin Ibrahim yang mati ditembak dua lelaki bermotosikal jam 8.15 pagi 26 April lalu ketika kenderaan utiliti sukan (SUV) Nissan Murano dinaikinya berhenti di persimpangan lampu isyarat menghala Lebuh Wawasan di Putrajaya.


Menurut sumber, RM5,000 hingga RM15,000 adalah harga dikenakan pembunuh upahan bagi sasaran biasa. Namun, harga itu boleh mencecah ratusan ribu ringgit sekiranya sasarannya golongan kenamaan, berpangkat tinggi atau pun personaliti.
“Berdasarkan maklumat risikan, pembunuh upahan kebanyakannya terdiri daripada rakyat negara jiran yang menyusup masuk ke negara ini selepas mendapat ‘kontrak’ namun pembabitan warga tempatan juga dipercayai berlaku,” katanya.

HairanBlog - Betul kata KJ, Jenayah di Malaysia dah makin sarat dan berat. Tolong banteraskan jenayah wahai Polis Malaysia.

Sumber: HairanBlog melalui myMetro

No comments