YANG TERKINI

WTF KOT - Gadis ini Ketagih Menghisap Susu Botol? (2 Gambar)

Setiap manusia ada tabiat aneh.

WTF KOT - Gadis ini Ketagih Menghisap Susu Botol? | Kami di HairanBlog menemui satu kisah yang menghairankan dimana seorang gadis berusia 14 tahun di Seremban ini tak mampu untuk meninggalkan tabiat menghisap susu botol kerana menganggap susu botol terlalu sedap untuk ditinggalkan.
Rasa susu yang sedap menyebabkan saya menjadi ketagih dan kurang berminat dengan minuman lain hingga kadangkala tidak perlu makan sehari suntuk,” kata Farah Sauffiah Rahmat, yang masih ‘setia’ menghisap susu botol walaupun usianya kini sudah mencecah 14 tahun.
Hairan dan kami cuba memahami. Namun itulah hakikatnya apabila Farah yang juga merupakan pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Ampuan Durah, Sikamat, sanggup membeli susu tepung menggunakan wang poket sendiri demi memenuhi tabiat peliknya itu.



Anak ketiga daripada empat beradik itu kebiasaannya minum hampir 15 botol sehari dan dia juga gemar meratah susu yang dianggapnya terlalu enak berbanding minuman lain.

Kata Farah lagi, ketagihannya sejak kecil itu menyebabkan dia perlu ‘menyusu’ hampir setiap jam termasuk ketika melakukan kerja rumah atau sekolah.

“Bagaimanapun, saya hanya minum susu botol ketika berada di rumah yang dianggap sebagai keperluan walaupun ada menjamu makanan lain sama ada masakan ibu atau kantin sekolah.
HairanBlog - Setiap manusia ada tabiat pelik yang kita sendiri tak dapat jelaskan. Namun, tabiat - tabiat ini yang membezakan kita dengan orang lain. Apakah tabiat pelik korang?

Sumber: KoleksiCeritaBest melalui KeZoom

2 comments: