YANG TERKINI

FAKTA KOT - Apakah Maksud Simbol 4 Jari R4bia?

R4BIA!!

FAKTA KOT  - Apakah Maksud Simbol 4 Jari R4bia?  | Kebelakangan ini ramai Facebook dan Twitter user menggunakan simbol ini sebagai profile pictures mereka. Mungkin ada yang perasan dan mungkin tidak apabila ramai berkongsi imej simbol 4 jari R4BIA semenjak penyokong Dr Mursi ramai dibunuh oleh pihak tentera Mesir. Persoalannya, logo apakah ini?

Kami hairan! Jadi tugas kami adalah untuk memberikan maklumat dan fakta mengenai simbol ini. Kami difahamkan bahawa tujuan sebenar simbol ini digunakan adalah untuk menunjukkan kepekaan dan prihatin terhadap krisis atau pergolakan yang berlaku di negara Mesir pada masa sekarang.


Tujuan dan apa maksud simbol 4 Jari R4BIA di laman sosial yang sebenar:


Tujuan Simbol 4 Jari R4BIA

Tujuan Display Profile (DP) simbol #R4BIA dipakai di media sosial seperti facebook dan twitter sebagai bentuk solidariti dan menunjukkan tanda keprihatianan terhadap apa yang berlaku di Mesir. Selain itu, menimbulkan kesedaran orang ramai supaya lebih peka mengenai krisis atau pergolakan di Mesir pada ketika ini.

Maksud Simbol 4 Jari R4BIA

Rabi’ah/arba’ah bermaksud Empat. Rab’ah (angka 4) dijadikan sebagai simbol keteguhan, kekuatan, perlawanan dan persatuan untuk seluruh dunia yang mencintai kebebasan.

Simbol 4 jari sebagai simbol untuk mengenang markas demonstran Pro Mursi di Rabi’ah yang telah dihancurkan oleh tentera junta. Simbol 4 jari untuk menunjuk ikon Rabi’ah.

Simbol 4 jari ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayip Erdogan mulai Sabtu semalam (17 Ogos 2013) setelah mengecam keras pembantaian yang dilakukan tentera junta Mesir yang terjadi pada hari Jumat dan Sabtu di Ramses Square dan Masjid Fatih yang dikepung tentera junta.

HairanBlog - Kami mendoakan nasib penduduk Mesir terbela.

Sumber: KoleksiCeritaBest melalui KisahBest.my

No comments