YANG TERKINI

FAKTA KOT - Maksud Disebalik Lambang Fleur De Lis (5 Gambar)

Sedikit fakta mengenai simbol yang Jehan Miskin pakai.

FAKTA KOT - Maksud Sebalik Lambang Fleur De Lis | Baru - baru ini Jehan Miskin ditegur peminat kerana memakai rantai yang seakan - akan salib. Kemudian Jehan Miskin tampil menerangkan bahawa rantainya itu adalah simbol Fleur De Lis yang terdapat pada lambang pengakap. Namun, Jika diteliti dan diamati secara mendalam, didapati simbol logo pengakap yang diguna pakai oleh Pengakap Malaysia sekarang mempunyai unsur-unsur keagamaan khususnya Kristian sebagai identiti. Secara umumnya, simbol keagamaan Kristian ialah tiga kelopak bunga lili atau dikenali sebagai Fleur-de-lis. Bukti jelas perbandingan dua logo di bawah menerangkan maksud logo tersebut. Manakala lakaran seterusnya menunjukkan evolusi simbol bunga Fleur-de-lis kepada logo Pengakap.


Simbol Fleur-de-lis

Terjemahan Bahasa Inggeris daripada “fleur-de-lis” (kadang-kadang dieja “fleur-de-lys”). Fleur-de-lis adalah ungkapan di dalam bahasa Perancis yang memberi maksud Bunga Lili iaitu Fleur (Bunga) dan lis (Lili). Secara tradisional, simbol ini telah digunakan untuk mewakili kerabat raja Perancis. Ia digambarkan sebagai menandakan kesempurnaan, cahaya, dan kehidupan. Menurut legenda, bunga ini dikatakan hasil persembahan malaikat kepada Clovis, raja Merovingian kaum Frank. Pemberian bunga ini dikaitkan dengan simbol penghapusan dosa Clovis kerana beliau telah bertukar memeluk Kristian. Selain daripada itu, Clovis juga telah menggunakan simbol ini kerana tuah bunga lili ini membolehkannya menyeberang sungai dan berjaya dalam pertempuran. Bunga lili menjadi satu pengaruh yang unik kepada simbol-simbol kerajaan beraja di negara-negara Eropah khususnya Perancis dan Sepanyol.


Agama dan Perang

Simbol bunga lili ini telah dijadikan logo pada sepanduk putih oleh Joan of Arc yang menunjukkan tuhan telah memberkati fleur-de-lis menjadi lambang kerajaan Perancis ketika beliau memimpin pasukannya mencapai kemenangan ke atas Inggeris semasa menyokong Dauphin, Charles VII untuk mencari takhta Perancis.Susulan daripada kejadian tersebut, Gereja Katolik Rom telah mengatakan bahawa bunga lili sebagai lambang khusus dari Perawan Maria (Virgin Mary). Oleh kerana fleur-de-lis mempunyai tiga “kelopak bunga,” katanya fleur-de-lis juga telah digunakan untuk mewakili Tritunggal Kudus (Holy Trinity).

Oleh itu, penggunaan simbol Fleur-de-lis juga merangkumi simbol-simbol rasmi yang diguna pakai oleh Ketua Paderi Kristian yang bergelar Pope bagi gereja besar Katholik di Vatican, Itali. Penggunaan simbol ini banyak digunakan oleh sebahagian Pope sebagai logo-logo rasmi mereka seperti Pope Vincenzo Raaele Pecci (1810 – 1903), Pope Giovanni Antonio Monthini (1897 – 1978) dan Pope Angelo Geuseppe Roncalli (1881 – 1963).

HairanBlog - Walaupun kita memakai rantai yang mempunyai simbol tertentu. Seharusnya dikaji dahulu apakah makna disebalik simbol terrsebut agar apa yang kita pakai tidak dipandang serong oleh masyarakat. Namun apa yang penting, kita beriman kepada Allah SWT dan bukannya beriman kepada simbol.

Sumber: KoleksiCeritaBest melalui apanamadotcom

No comments