YANG TERKINI

Gossip Kot - Mamat Sepah Sudah Ada Kekasih Baru (1 Gambar)

Errrrr....

Gossip Kot - Mamat Sepah Sudah Ada Kekasih Baru | Kami difahamkan bahawa bekas ahli kumpulan Sepah ini satu ketika pernah dihimpit kontroversi apabila percintaannya dengan Fida berakhir kini menemui pengganti a.k.a kekasih baru. Kami di HairanBlog mengetahui serba sedikit mengenai kekasih baru Mamat Sepah.

Kekasihnya ialah Syafiqah dan merupakan seorang pelajar jurusan Ijazah Sarjana Perdangangan Antarabangsa di MSU, Shah Alam. Umur Syafiqah pun masih muda iaitu 23 tahun. Menarik juga kisah pertemuan mereka berdua.


Kata Mamat:-
Saya jumpa dia (Syafiqah) dekat JPO. Masa tu dia kerja di sana. Tapi ketika mula-mula kami berkawan dia tak kenal tak tahu pun yang saya ni artis. Dia pun yang tak berapa kisah sangat tau dengan saya. Macam, kami tak selalu nak telefon atau excited nak jumpa saya. Jadi itu yang saya rasa menarik tentang dia ni.

Alhamdulillah, dia terima saya seadanya dan tahu tentang kontroversi-kontroversi saya. Kami pun dah berkenalan dengan keluarga masing-masing. Kami serius tapi untuk satu ikatan seperti bertunang atau berkahwin, buat masa ini belum lagi. Saya tak terkejar-kejar sebab saya nak dia habiskan pengajian dia dulu.

Saya pun berdoa, kalau boleh dia yang terakhir dalam hidup saya. Saya berharap peminat semua dapat doakan hubungan kami berkekalan. InsyaAllah kalau ada jodoh an tiba masanya nanti, saya beritahu
HairanBlog - Semoga hubungan Mamat dan Syafiqah akan berakhir di jinjang pelamin suatu hari nanti. Seeloknya Mamat belajar daripada kesilapan dahulu dan pastinya hubungan kali ini akan lebih berjaya. Sekali pandang macam bini Beego Linda Hashim + bini Johan Raja Lawak Ozlyn. Hehe

Sumber: KoleksiCeritaBest melalui BeautifulNara

4 comments:

  1. Pandai dia pilih awek baru, muka seiras!

    ReplyDelete
  2. cantik. memang seiras bini beego .

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la apa yg kami hairan..nak seiras Linda Hashim..hehe

      Delete