YANG TERKINI

GOSSIP KOT - Psiko Pencuri Hati, Arahan Namron Melalui Pengalaman Sendiri (3 Gambar)

Harap filem ini lain dari yang lain.

GOSSIP KOT - Psiko Pencuri Hati, Arahan Namron Melalui Pengalaman Sendiri | Kami difahamkan filem Psiko Pencuri Hati mempunyai kelainan dari filem - filem tempatan yang lain. Pelakon dan pengarah, Namron mengakui karya pertamanya, Psiko Pencuri Hati bersifat peribadi dan 60 peratus daripada jalan cerita dalam filem ini kena mengena dengan dirinya sebelum ini.
"Sejujurnya saya tidak menjadikan mana-mana filem sebagai rujukan, sebaliknya garapan filem ini adalah daripada pengalaman saya sendiri.

"Ini kerana sebelum ini, saya pernah terfikir untuk terjun bangunan, melintas jalan dan membiarkan diri dilanggar kenderaan berat. Tetapi seorang rakan telah menasihati saya agar menzahirkan kesakitan dan pengalaman saya dalam bentuk karya.

"Maka inilah hasilnya-Psiko Pencuri Hati, yang turut dibintangi oleh pelakon handalan, di samping skrip yang cukup bagus," katanya ketika ditemui di majlis pratonton filem Psiko Pencuri Hati di The Curve, Kuala Lumpur, kelmarin.



Ujar Namron, lebih istimewa, filem ini tidak seperti kebanyakan filem lain kerana para pelakon iaitu Bront Palarae, Sharifah Amani, Syed Hussain dan Ameerul Afendi menjalani sesi latihan babak demi babak sama seperti sesi latihan pementasan teater.

Justeru daripada situ, setiap pelakon diberi kebebasan untuk membentuk watak masing-masing dengan bantuan daripada penulis skrip dan dia sendiri.
“Filem ini merangkumi 46 babak yang panjang dan memerlukan kekuatan seseorang pelakon itu sendiri untuk menghidupkan setiap babak. Ini kerana setiap karakter itu mempunyai persoalan yang membuatkan skripnya juga didorong oleh setiap watak,” katanya.
Memulakan penggambaran pada bulan September tahun lepas, Namron mengakui dia sengaja bereksperimen dengan filem berbajet rendah ini bagi menarik minat penonton tempatan menyaksikannya.
“Jika kita tidak berani untuk melakukan eksperimen, maka sampai bila-bila kita tidak akan jumpa penyelesaiannya. Bukan filem syok sendiri namun pendekatan yang diambil ini filem ini adalah bertujuan untuk menarik minat penonton datang ke pawagam,” jelasnya yang turut mengubah skrip asal yang diberikan oleh pihak penerbit.

Secara ringkas, filem ini mengisahkan tentang Sidi (Bront Palarae) yang merupakan seorang penulis novel. Untuk memastikan kemantapan karyanya, Sidi menyelidik seorang pembunuh bersiri. Kemunculan Wani (Sharifah Amani) yang bertemu dengan Sidi di sebuah pulau berakhir dengan tragedi. Siapakah yang terbunuh? Siapakah yang membunuh?

HairanBlog - Filem - filem bergenre begini harus diangkat bukan filem Mat - mat Rempit!

Sumber: KoleksiCeritaBest melalui SinarHarian

No comments