YANG TERKINI

GOSSIP KOT - Rita Rudaini Anggap Aidil Cetek Ilmu Agama (2 Gambar)

Kami cuti seminggu. Kini kembali dengan kisah rumah tangga.

GOSSIP KOT - Rita Rudaini Anggap Aidil Cetek Ilmu Agama | Selepas diceraikan menerusi SMS, Rita Rudaini semalam menerusi BiPop meluahkan perasaan terhadap bekas suaminya. Apa yang dapat disimpulkan adalah Rita menyalahkan kurangnya didikan agama daripada keluarga Aidil menyebabkan penceraian terjadi di bulan Ramadhan.

Antara kata-kata yang diluahkan oleh Rita Rudaini ialah:-
Alhamdulillah saya redha tapi jauh di sudut hati, saya kasihan pada Aidil, macam orang tiada agama. Bagi saya, apa yang terjadi pada Aidil cermin didikan agama ibu bapanya. Inilah akibatnya kalau tidak tahu dosa dan pahala, hidup penuh kejahilan.

Saya masih ingat, ketika menjalani sesi kaunseling jawatankuasa perdamaian bersama seorang ustazah di pejabat agama baru-baru ini, bapa Aidil, Abd Razak Salleh seboleh-bolehnya mahu meneruskan penceraian, katanya itu yang Aidil pesan.

Ustazah itu tanya abang saya, tapi abang saya cakap dia mahu mendengar dari mulut Aidil sendiri, bukan main pesan-pesan. Apabila tanya Razak sendiri macam mana, dia cakap nak teruskan juga. Ustazah itu meminta Razak bersabar kerana bercerai pada bulan Ramadhan dikeji Allah SWT.

Saya hairan orang tua seperti Razak tidak takut dosa dan cetek ilmu agama. Akhirnya, ustazah minta Aidil hadir kerana mahu mendengar pengakuannya bukan desakan bapanya. Di sini, cukuplah membuktikan siapa dalang dan penghasut sehingga rumah tangga saya kucar-kacir, anak saya membesar tanpa kasih sayang seorang bapa.

Buka saya saja yang perasan tingkah laku keluarga Aidil, malah seluruh keluarga saya berpendapat perkara sama dengan saya. Keluarga Aidil menjadi btu api dalam pertelingkahan yang berlaku.

Aidil seperti bapanya, mahu bercerai pada bulan Ramadhan, biarpun ustazah itu berkali-kali menasihatinya. Bagi saya, Aidil dan keluarga sama-sama cetek ilmu agama, sebab itulah mereka tidak takut kemurkaan Allah SWT.

Pergolakan rumahtangga aktress Rita Rudaini dan pemain bola sepak Aidil sudah lama berlangsung sehinggalah kemuncak Aidil menceraikan Rita melalui SMS pada 4 Ogos bersamaan 27 Ramadhan yang lalu. Rita Rudaini memberitahu hatinya sudah lama kosong, sekosongnya dan malah sudah dapat mengagak penceraian itu pasti akan berlaku.
“Hati saya sudah lama kosong… kosong sekosongnya! Tiada kata yang dapat diungkap untuk menggambarkan perasaan saya ketika ini.

“Diceraikan pada bulan Ramadan dan beberapa hari nak menyambut Syawal, kedengaran amat kejam. Manusia yang kurang didikan agama saja melakukan tindakan merobohkan masjid pada bulan Ramadan. Mungkin Aidil tak tahu, pada hari dia melafazkan talak pada saya iaitu malam 27 berpuasa, kemungkinan boleh jatuh pada malam lailatul qadar. Tapi, Aidil tahu ke apakah malam lailatul qadar?

“Saya bukannya cakap saya baik sangat, tapi saya sedih melihat betapa ceteknya ilmu agama Aidil. Bagi saya, lelaki seperti Aidil tidak layak dibuat suami mahupun menantu. Bagaimana nak layak dijadikan suami, jika soal cerai berai pun boleh dibuat main-main. Dulu, masa tergila-gilakan saya, sanggup bawa saya berkahwin lari ke Songkhla, Thailand. Sanggup harungi lautan api.

“Sekarang, apabila sudah benci, tendang saya seperti bola, ceraikan saya melalui SMS saja. Manusia macam inikah layak menjadi pemimpin keluarga, kalau dia sendiri pun tidak betul dan cetek ilmu agama?
“Saya tidak kesal diceraikan, malah saya tahu kesudahannya, kami akan bercerai juga tapi kenalah ikut prosedur. Dia fikir saya dan anak-anaknya barang mainan, boleh campak sesuka hati jika tidak lagi diperlukan?

HairanBlog - Kenyataan Rita Rudaini bahawa suaminya kurang didikan agama daripada keluarga dianggap agak keterlaluan dan tidak wajar. Kami khuatir tindakkan Rita bakal mengeruhkan lagi keadaan. Bukan kami menyokong mana - mana pihak lebih - lebih lagi perbuatan Aidil yang memohon penceraian dengan SMS juga adalah tidak wajar dan tidak bertanggungjawap. Kami mendoakan mereka mendapat pentunjuk dan bahagia dengan keputusan masing - masing.

1 comment:

  1. minah ni bodoh ke ape? kata org cetek agama, dia tu? pi mana2 tudung pun xpakai! cakap mcm la dia tu bagus sgt! bodoh btul!

    ReplyDelete