YANG TERKINI

GOSSIP KOT - Tenaga Pengajar AF2013, Siti Nurhaliza, Faizal Tahir dan Melly Goeslaw (2 Gambar)

Ada lagi AF?

GOSSIP KOT - Tenaga Pengajar AF2013, Siti Nurhaliza, Faizal Tahir dan Melly Goeslaw | Kami difahamkan 3 nama besar bakal menjadi tenaga pengajar AF2013 dan ia adalah satu perkara yang sangat hebat. Siti Nurhaliza, Faizal Tahir dan Melly Goeslaw memang bukan calang-calang orangnya. Dan ketiga-tiga mereka bakal terlibat dalam menjayakan AF2013 yang serba baharu ini.




Untuk makluman, AF2013 tidak akan mempunyai pengetua. Ketiga-tiga selebriti hebat ini akan dijadikan inspirasi dan tempat rujukan untuk pelajar-pelajar AF kelak. Nampak gayanya banyaklah ilmu yang akan diturunkan oleh mereka. Bergantunglah pada para pelajar untuk menerima ilmu atau tidak.

Pernah melihat Datuk Siti Nurhaliza mengajar sebelum ini? Kami harap beliau garang dan tegas hehe. Mana tahu ada sisi garang dan tegas akan ditampilkan oleh beliau. Sama-samalah kita nantikan AF2013 yang bakal bermula 14 September ini.

HairanBlog - Namun mengapa perlu memilih Melly Goeslaw? Kami hairan kerana ramai lagi otai dan penyanyi di Malaysia yang super duper power? Artis indon jugak yang dipilih untuk menjadi tenaga pengajar? Oh  ya, kami lupa, banyak jugak artis Malaysia power dengan gosip.  

Sumber: KoleksiCeritaBest melalui BeautifulNara

No comments