YANG TERKINI

GOSSIP KOT - Zed Zaidi Mahu Bertanding Sebagai Exco Pemuda UMNO (2 Gambar)

Bagus2!

GOSSIP KOT - Kini Zed Zaidi Bakal Bertanding Exco Pemuda UMNO | Kami difahamkan melalui BeautifulNara, Zed Zaidi bakal bertanding Exco Pemuda Umno. Kami menyokong penyertaan beliau kerana ia satu langkah yang bijak memandangkan Zed Zaidi seorang yang memang lantang, berkepimpinan dan ada ciri-ciri seorang yang mampu memimpin orang lain.


Pemilihan parti Umno bakal diadakan Oktober depan. Berkata mengenai hasratnya, Zed Zaidi memutuskan untuk bertanding kerana mahukan wakil anak seni di dalam Umno. Kata Zed:-
Pada asalnya saya hanya bertanya pendapat sahaja namun apabila melihat maklum balas yang menggalakkan terutamanya daripada pemuda-pemuda daripada setiap negeri, saya teruskan hasrat tersebut (bertanding).

Sekarang saya dalam proses kempen dan perkenalkan diri. Saya sudah pergi beberapa negeri termasuk Negeri Sembilan dan Kedah untuk berjumpa dengan pemuda-pemuda di sana.

Saya merupakan artis pertama yang bertanding dalam pemilihan ini. Bagi saya ia dapat memberi peluang kepada pihak parti untuk mengetahui suara sebenar dan masalah dalam industri yang orang luar industri tidak tahu”

HairanBlog - Kami mendoakan semoga Zed berjaya untuk terpilih menjadi Exco Pemuda Umno kelak. Bukan mudah kerana perlu mendapat sokongan banyak pihak. Good luck and all the best buat Zed. Majulah artis untuk negara!

Sumber: KoleksiCeritaBest melalui BeautifulNara

2 comments: