YANG TERKINI

TERKINI KOT - Drama Setia Hujung Nyawa Kembali Di Hari Raya Ini (2 Gambar)

Kenapa tidak Teduhan Kasih??

TERKINI KOT - Drama Setia Hujung Nyawa Kembali Di Hari Raya Ini | Kami difahamkan melalui SinarHarian, drama bersiri Setia Hujung Nyawa yang pernah mencetuskan satu fenomena pada awal tahun ini bakal kembali lagi khas sempena Syawal ini.

Pastinya peminat setia drama bersiri ini ternanti - nanti edisi khas drama ini. Setia Hujung Nyawa Raya khas terbitan Suhan Movies ini bersiaran pada 7 Ogos pada jam 9.15 malam di TV3.



Sedikit spoiler yang kami terima, Jika sebelum ini penonton disajikan dengan pengakhiran bahagia antara Elsalina Imani (El) lakonan Nelydia Senrose dan Zain Hakimi (Zain) dilakonkan Amar Asyraf, kali ini, kisah rumah tangga mereka yang berantakan akibat cemburu pula diangkat.

El yang sedang sarat mengandung cenderung untuk lebih sensitif dan mudah tersinggung.

Pantang Zain silap cakap, pasti El akan merajuk berjam-jam. Zain hanya mampu bersabar meskipun dia geram kerana dilayan seperti pembantu rumah.

Selepas ibu bapa El dan Zain pergi menunaikan Umrah, Zain dan EL membuat keputusan untuk pulang ke kampung Zain.

Dari situ, hubungan El dan Zain mula goyah setelah sepupu Zain, Maisara muncul dalam kehidupan mereka.


HairanBlog - Banyak drama - drama menarik yang disajikan oleh stesen televisyen tempatan. Nice!

Sumber: KoleksiCeritaBest melalui SinarHarian

No comments