YANG TERKINI

TERKINI KOT - Official Trailer KL Gangster 2! (2 Gambar + Video)

Sengat sudah sampai!

TERKINI KOT - Official Trailer KL Gangster 2! | Jika disebut mengenai filem Kl Gangster arahan Syamsul Yusuf, pastinya ramai rakyat Malaysia pernah menonton filem ini. KL Gangster bukanlah satu nama filem yang perlu diperkenalkan lagi sebaliknya telah sinonim dalam penggemar filem tempatan di Malaysia. Kejayaan filem KL Gangster sebelum ini membangkitkan semangat untuk pengarah muda Syamsul Yusof untuk terus berkarya. Dengan gandingan mantap Syamsul bersama Aaron Aziz, Adi Putra, Rosyam Nor dan Zizan Razak, pastinya ia menjamin kepuasan peminat dan mampu menandingi filem - filem lain yang bergenre sama.


Sequel filem ini adalah merujuk kepada kisah sebelum Aaron Aziz dipenjarakan. Jadi watak - watak yang sebelumnya telah mati dalam filem KL Gangster 1 dihidupkan semula. Syamsul Yusof menjelaskan pertikaian ini dengan cukup mudah;
KL Gangster 2 adalah kisah SEBELUM KL Gangster 1.Kisah sebelum Malik dipenjarakan.Bukan sambungan filem yg pertama.Prequel means BEFORE atau “kisah sebelumnya”.

Jom tonton trailer filem KL Gangster 2 ini. Sekali imbas, kami telah terpukau dengan adegan - adegan non stop action filem ini.


HairanBlog - Kami mengakui bahawa filem arahan Syamsul Yusuf adalah yang terbaik pernah kami tonton. Kualiti beliau dalam menghasilkan filem tidak boleh dinafikan. Syamsul Yusuf merupakan pengarah dan juga pelakon yang berbakat. Penonton mementingkan kualit dari kuantiti. Tidak seperti sesetengah syarikat perfileman yang tidak putus-putus dengan menerbitkan filem setiap bulan tetapi kualiti filem yang begitu menyedihkan dan hanya merosakkan industri perfileman negara ini.

Jadi nantikan filem KL Gangster 2 pada 3 Oktober 2013 ini.

Sumber: KoleksiCeritaBest melalui OhArtis

No comments