YANG TERKINI

TERKINI KOT - Polis Beri Amaran Kepada Geng 04 (2 Gambar)

In the name of justice!

TERKINI KOT - Polis Beri Amaran Kepada Geng 04 | Berita mengenai kematian ahli kongi gelap Geng 04 mencetuskan kemarahan pengikut Geng 04. NAmun, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi memberi amaran kepada individu dan ahli kumpulan kongsi gelap, Geng 04 supaya tidak mencabar kewibawaan pihak polis dan mengganggu ketenteraman serta keselamatan awam.

Beliau berkata, pihak polis akan mengambil tindakan tegas terhadap ahli kumpulan berkenaan yang cuba mencetuskan ketegangan sehingga mendatangkan kebimbangan kepada orang awam.
"Polis memandang serius tindakan beberapa lelaki dipercayai anggota kumpulan berkenaan yang mencetuskan kekecohan semasa upacara pengkebumian salah seorang daripada lima lelaki yang ditembak mati Isnin lalu.

"Polis mempunyai rakaman video dan sudah mengenal pasti kesemua ahli kumpulan yang terlibat.

"Kita menerima laporan kumpulan berkenaan mencetuskan kekecohan dengan membakar mercun semasa perarakan membawa mayat rakan mereka itu petang semalam," katanya kepada media ketika membuat tinjauan Ops Cantas yang diadakan di sekitar negeri ini, hari ini.

Tambah beliau, kumpulan terbabit turut dilihat membawa pelbagai kain rentang yang tertera gambar si mati, nombor dan logo kumpulan mereka.

Katanya lagi, selain mengenali individu terlibat, polis juga mengenal pasti semua kenderaan yang digunakan semasa perarakan itu.

Tambah Abdul Rahim, kertas siasatan sudah dibuka mengenai kejadian itu mengikut Seksyen 42 Akta Pertubuhan 1966.
"Saya memberi amaran kepada semua tidak kira dari kumpulan mana sekalipun, jangan tunjuk kekuatan geng masing-masing.

"Polis akan ambil tindakan susulan selepas ini," katanya.
HairanBlog - Kami difahmkan ketika upacara perarakan mayat salah seorang lelaki yang ditembak mati itu petang semalam, berlaku kekecohan apabila rakan serta pengikut ahli kumpulan terbabit dikatakan membakar mercun dan melontarnya ke arah sebuah balai polis. Bukan itu sahaja, pelbagai kain rentang yang dibawa dan perarakan oleh penyokongnya menyebabkan berlaku kesesakan jalan raya. Syukur Malaysia Masih Aman.

Sumber: KoleksiCeritaBest melalui SinarHarian

4 comments:

  1. Malaysiaku Terchenta

    ReplyDelete
  2. Jgn takut dengan gertakan geng 04.. kalau Komunis pun PDRM dapat hapuskan dari bumi Malaysia ni, inikan pula cuma gengster taik kucing 04 yang suka tengok filem tamil bergaduh ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. statement ko terbaik! jom masuk polis. Kekeke

      Delete