YANG TERKINI

GOSSIP KOT - Gambar Sekitar Majlis Persandingan Abby Abadi dan Farhan (8 Gambar)

Wah2!

GOSSIP KOT - Gambar Sekitar Majlis Persandingan Abby Abadi dan Farhan | Kami difahamkan Abby Abadi dan pasangannya Farhan telah melangsungkan majlis persandingannya baru - baru ini. Sememangnya mereka bagaikan pinang dibelah dua. Semoga berkekalan hingga jannah. Siap make up suami lagi tu. Sweet betul la. Hehe






HairanBlog - Baru - baru ini timbul pula isu mengenai inai yang dipakai oleh Abby Abadi. Ada yang kata haram la, ada yang kata harus la. Kami juga hairan, mana yang betul. Jadi, kami petikan fatwa yang dikeluarkan Jakim:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.

2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.

3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.

Sumber: KoleksiCeritaBest melalui BeautifulNara dan e-Fatwa

1 comment: