YANG TERKINI

FAKTA KOT - Adakah Ditindih Semasa Tidur, Gangguan Makhluk Halus?

Kajian Sains dan Orang Barat berpisah tiada...

FAKTA KOT - Adakah Ditindih Semasa Tidur, Gangguan Makhluk Halus? | Mungkin ada di antara kita pernah mengalami saat yang mencemaskan dan menyeramkan apabila merasai seolah-olah sedang ditindih dengan makhluk halus. Persoalannya di sini, adakah ia benar makhluk halus atau sekadar satu bentuk tindakbalas yang mengaitkan dengan teori sains. Satu kajian di luar negara telah dilakukan oleh beberapa orang saintis. Tetapi artikel ini juga ada yang menolak dengan mengatakan tindihan tersebut adalah gangguan sebenar daripada makhluk halus. Sejauh benar dakwaan ini?

PERNAHKAH anda mengalami situasi di mana anda terjaga daripada tidur dan secara tiba-tiba ada sesuatu yang berat sedang menindih tubuh anda? Bagi kami, ianya sudah menjadi kebiasaan bagi admin kerana pernah melalui keadaan ini beberapa tahun lalu dan saat itu, hanya ada satu perkara sahaja yang bermain dalam fikiran: Ada hantu sedang duduk di atas badan aku!

Bukan sahaja tidak dapat menggerakkan tubuh, malah hendak mengeluarkan suara untuk menjerit pun tidak mampu, seolah-olah sudah lumpuh. Biarpun tidak sampai seminit, tapi impaknya terasa cukup menggerunkan sekaligus membuatkan kami tidak mampu melelapkan mata selepas itu kerana cukup keliru dan takut dengan apa yang berlaku. Kami yakin ramai individu di luar sana turut mengaitkan insiden ‘lumpuh’ ini dengan gangguan hantu atau makhluk halus.

sleep paralysis, ditindh ketika tidur, gambar ditindih semasa tidur, kisah seram, mimpi seram



Hakikatnya, apa yang terjadi itu sebenarnya dinamakan Sindrom ‘Old Hag’ atau ‘lumpuh tidur’ yang sememangnya pernah direkodkan sejak zaman purba lagi dan boleh terjadi kepada sesiapa sahaja sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Menurut Pengarah Pusat Gangguan Tidur di Pusat Pentadbiran Perubatan Veteran, Houston, Dr. Max Hirshkowitz, ‘lumpuh tidur’ terjadi semasa otak sedang mengalami peralihan fasa nyenyak, mimpi dan bangun, memetik laporan About.com.

Sewaktu berada dalam fasa mimpi, otak akan menghentikan semua fungsi otot agar kita tidak melakukan mimpi secara fizikal, sekaligus menjadikan kita ‘lumpuh’ sementara. Secara mudahnya, jika anda tidak ‘dilumpuhkan’, mungkin anda akan berjalan, melompat, berlari atau melakukan sebarang perkara berbahaya mengikut mimpi anda. Sindrom ini berlaku apabila anda terjaga sewaktu fasa ini sedang berlaku, sekaligus membuatkan anda tidak dapat menggerakkan tubuh.

Adakalanya, ‘lumpuh tidur’ turut disertakan dengan halusinasi yang menjadikan anda seolah-oleh mendengar ada orang sedang berjalan di dalam bilik, bunyi pintu dibuka, suara dan sebagainya, sekaligus menambahkan elemen ‘seram’ bagi mereka yang tidak memahami perkara ini.

Teori dan Pencegahan

Antara teori yang berkaitan dengan ‘lumpuh tidur’ ini ialah, ia kerap terjadi apabila anda tidur dalam keadaan telentang, selain tubuh yang terlalu letih. Selain itu, gangguan mental atau pengambilan dadah penenang seperti Xamax dan Valium turut memungkinkan perkara ini terjadi. Biarpun sindrom ini tidak dapat dijangkakan, anda boleh mengambil langkah pencegahan dengan mendapatkan tidur yang secukupnya dan menjauhkan diri daripada tekanan. Senaman secara kerap juga boleh dilakukan untuk mendapatkan tidur yang nyenyak, namun pastikan ia tidak dilakukan pada masa yang terlalu hampir dengan waktu tidur anda.
Kesimpulannya, ‘lumpuh tidur’ ini tidak mempunyai sebarang kaitan dengan gangguan hantu seperti yang digembar-gemburkan selama ini dan anda tidak perlu panik sekiranya perkara ini terjadi.Apa yang penting, ambil masa untuk bertenang dan anda akan pulih seperti biasa tanpa perlu membuat andaian yang anda ditindih hantu!

HairanBlog - Jika ditanya pendapat kami, sememangnya kami yakin bahawa situasi ditindih ini ada kaitan dengan makhluk halus.

Sumber: KoleksiCeritaBest melalui KisahBest.my

3 comments:

  1. aku kene tindih, relaks je..puih!

    ReplyDelete
  2. tiap malam jumaat aku kene tindih, gangguan mahkluk halus or....

    ReplyDelete
  3. Pada pendapat saya, sleep paralysis pun memang ada kaitan dengan jin
    >> http://ezelovesse7en.blogspot.com/2013/11/sleep-paralysis-atau-gangguan-jin.html

    ReplyDelete