YANG TERKINI

TERKINI KOT - Gambar Jenazah Kanak - Kanak Terapung Bukan Diedit?

Metro ke Metroll?

TERKINI KOT - Gambar Jenazah Kanak - Kanak Terapung Bukan Diedit? | Bila akhbar Harian Metro menyiarkan imej jasad bayi yang kelihatan terapung di Tanah Perkuburan Islam Padang Sebang, Melaka, ramai yang menuduh akhbar itu mengedit gambar tersebut kerana rakyat marhaen di Malaysia kebanyakkannya sudah muak dengan gambar dan foto - foto manipulasi ini.

Tetapi, kami juga melihat gambar tersebut dan yang pastinya, ia bukanlah gambar palsu atau menggunakan teknik pengolahan foto, malah penggali kubur yang mendukungnya menafikan melambung jenazah bayi itu.

Semalam, berita muka depan Harian Metro dan web myMetro memaparkan gambar jasad bayi masih utuh walaupun sudah puluhan tahun dikebumikan yang sedang didukung penggali kubur, Abdul Ghani Ibrahim, 70, kelihatan seperti terapung menjadi viral dengan 45,000 kongsian di laman sosial selepas ada pembaca prihatin membangkitkan ketulenan gambar berkenaan selain ada yang percaya ia kejadian di luar biasa.

Untuk rekod, kejadian aneh itu yang disiarkan, kelmarin dirakam menggunakan kamera wartawan sambilan akhbar Harian Metro secara spontan.

Mengulas kejadian itu, Abdul Ghani berkata, dia hanya menatang jenazah bayi perempuan itu ketika kerja mengalihkan tujuh pusara lama terletak di luar kawasan Tanah Perkuburan Islam Padang Sebang, di sini, Sabtu lalu.

Nampak tak misteri disitu?

Ada yang kata, imej kaki di celah kelangkang Abdul Ghani ‘menguatkan’ lagi yang foto itu telah diubahsuai.

Tetapi, kalau diperhatikan secara teliti, kaki itu adalah kaki seorang kanak-kanak lelaki yang berbaju belang seperti yang dibulatkan merah didalam gambar di bawah.


HairanBlog - Kita tak perlu percaya 100% mengenai kesahihan gambar ini tetapi perlu juga kita memikirkan Kekuasaan Allah yang boleh ditunjukkan pada bila - bila masa sahaja. Jadi tak perlu nak jadi tipikal meleis yang tahu nak komen ikut logik akal sahaja.

Sumber: HarianMetro


2 comments:

  1. oh kalau Harian Metro mmg aku tak caya pun..Huh!

    ReplyDelete