YANG TERKINI

GOSSIP KOT - Abby Abadi Sudah Ada Kekasih Baru?

Kalau dah jodoh...

GOSSIP KOT - Abby Abadi Sudah Ada Kekasih Baru? | Walaupun gagal 2 kali dalam perkahwinannya sebelum ini, Abby Abadi tidak berputus asa untuk mencari cinta baru. Lagipun Abby masih muda dan cantik orangnya. Pasti ada jejaka di luar sana yang akan terpikat dengan bekas pelakon Gerak Khas ini. Terbaru menerusi satu gambar yang dikongsi di Instagram, Abby membayangkan yang dirinya seolah-olah telah menemui kekasih baru. Adakah Abby akan berkahwin sekali lagi dalam masa terdekat ini?


Apa yang menariknya, komen daripada rakan Abby Abadi iaitu Azza juga seolah-olah mengiyakan perkara ini. Namun kebenarannya hanyalah diketahui oleh Abby. Mungkin ia sekadar gurauan semata-mata. Daripada pengamatan kami, si jejaka tersebut juga merupakan seorang ustaz.


Sekali pandang, kacak juga jejaka yang bernama Ustaz Khairul Azli ini. Ada iras-iras bekas suami kedua Abby. Mungkin ‘taste’ Abby memang sebegini rupa agaknya. Tetapi paras rupa bukan kayu ukur sesuatu hubungan, apa yang lebih penting adalah keikhlasan hati.


Kalau betul Abby sudah bertemu pengganti dan cintanya berbalas, harap kali ini biarlah betul-betul berkekalan sehingga ke akhir hayat. Jangan gagal di tengah jalan lagi. Semoga Abby bertemu cinta yang sejati akhirnya. Sama-samalah kita doakan.

HairanBlog - Perkara yang lepas jangan dikenang tapi janganlah kita ulang kesalahan yang sama. #PeringatanUntukDiriSendiri

Sumber: BeautifulNara

No comments