YANG TERKINI

GOSSIP KOT - Itu Bukan Gambar Pra Perkahwinan Saya - Hanez Suraya (5 Gambar)

Oh yaka...

Kalau sebelum ini ramai peminat telah membuat kesimpulan bahawa Hanez telah mengadakan sesi penggambaran pra perkahwinannya bersama pereka fesyen terkenal Hatta Dolmat, ternyata telahan itu tersilap. Rupa-rupanya Hanez hanya menjayakan kempen untuk koleksi Hatta Dolmat Wedding Couture.

Hanez Suraya - HairanBlog

Kata Hanez:-
Terlebih dulu saya nak minta maaf kepada semua selama ini atas persoalan yang terus menjadi tanya. Tak pernah terlintas dari mulut yang saya akan bernikah dengan jejaka pilihan hati tak lama lagi. Mustahil saya berbuat begitu kerana selama ini benda yang baik pasti saya kongsi.

Dengan kontroversi yang melanda diri saya (termasuk dituduh sebagai perampas dan perosak kebahagiaan rumah tangga orang), saya mengambil pendekatan berdiam diri termasuk mengelak ditemubual kerana natijahnya jika bersuara sekalipun, saya pasti dihentam.

Pendek kata, diam atau bersuara, saya tetap kena carut. Jadi apa pilihan yang saya ada. Lagi diam, lagi menjadi-jadi pula mulut orang di luar sana.

Selama ini saya tak menjawab semua fitnah yang bertebaran kerana ingin melihat orang di luar saya yang gemar memfitnah tapi tiada sebarang bukti sahih. Termasuklah kisah saya nak kahwin. Saya agak kecewa dengan senario ini.

Saya bukannya sempurna tapi apa salahnya jadi orang yang berfikir dan bercakap dari sudut positif. Jangan tahu nak hentam saja
Apa - apa pun jom layan gambar Hanez Suraya semasa sesi fotoshot untuk koleksi Hatta Dolmat Wedding Couture.

Hanez Suraya - HairanBlog

Hanez Suraya - HairanBlog

HairanBlog - Kami berharap para peminat tidaklah membuat andaian liar terhadap Hanez Suraya. Kalau perkara ini benar, kita sama - sama raikan. Betul tak?

Sumber: Berita Harian.

No comments