YANG TERKINI

TERKINI KOT - Akhirnya, Apple Memperkenalkan iPhone 6 dan iPhone 6 Plus (11 Gambar)

Well hello iPhone fags..

Penantian demi penantian akhirnya, Apple semalam secara rasmi memperkenalkan dua peranti terbaru mereka, iPhone 6 dan juga iPhone 6 Plus yang mana kedua duanya membawakan saiz skrin yang berbeza.

iPhone 6 dan iPhone 6 Plus - Hairan Blog

iPhone 6 bersama skrin 4.5″ dan iPhone 6 Plus datang bersama saiz skrin 5.5″. Cip pemproses A8 dalam peranti iPhone 6 baru ini mempunyai keupayaan 84 kali lebih pantas berbanding cip A7 dalam iPhone 5S.

Tidak memberikan angka tepat berapakah kapasiti bateri pada kedua dua peranti ini, namun Apple menunjukkan data yang merujuk kepada peningkataan keupayaan bateri dari segi masa bertahan untuk iPhone 6 dan iPhone 6 Plus. 24 jam masa bercakap dalam rangkaian 3G. Syabas!

Apple masih mengekalkan kamera 8MP pada iSight (kamera) iPhone 6 kerana menurut mereka saiz gambar 8MP telah memadai untuk sesebuah telefon pintar dan Apple lebih mementingkan sensor dan teknologi lain yang didatangkan bersama dan mampu memberikan hasil gambar yang jauh lebih baik berbanding telefon pintar lain di pasaran. We will see.

Harga jualan bagi iPhone 6 di Malaysia berkemungkinan bermula dari RM2499 (16GB) manakala untuk iPhone 6 Plus pula bermula pada harga RM2999. Apa lagi, pakat - pakat kumpul duit la lepas nih!

iPhone 6 dan iPhone 6 Plus - Hairan Blog

iPhone 6 dan iPhone 6 Plus - Hairan Blog

iPhone 6 dan iPhone 6 Plus - Hairan Blog

iPhone 6 dan iPhone 6 Plus - Hairan Blog

Maklumat lanjut boleh le korang ke www.apple.com

Sumber: Apple

4 comments:

  1. RM2499? better aku tunggu Samsung Note 4 :)

    ReplyDelete
  2. dibandingin experia gimana ya gan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Experia pun ada kelebihan tersendiri..

      Delete