YANG TERKINI

TERKINI KOT - Harga Kereta Dijangka Turun 3% Selepas GST?

Apa lagi, marilah kita sokong GST!

Harga Kereta Selepas GST - HairanBlog

Kami difahamkan bahawa Institut Automotif Malaysia (MAI) menjangka harga kereta secara purata turun antara satu hingga tiga peratus dengan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada April 2015.

Ketua Pegawai Eksekutifnya M. Madani Sahari berkata berdasarkan simulasi MAI, sepatutnya ada sedikit penurunan harga kereta dengan GST, kemungkinan antara satu hingga dua peratus bagi kebanyakan model termasuk kereta import.
Sasaran kami bagi jualan keseluruhan kenderaan (TIV) tahun depan ialah 700,000 unit kerana harga kereta akan lebih kompetitif. Bagi tahun ini, kami mengunjurkan TIV 670,000 unit, katanya selepas Persidangan Teknologi Tahunan Altair 2014, di sini, Rabu.
Beliau berkata tidak ada gunanya menunggu membeli kereta selepas pelaksanaan GST, yang katanya, hanya memberi kesan minimum kepada harga kereta baharu.

Bagaimanapun, nilai kereta terpakai dijangka terus jatuh, purata antara lima hingga 10 peratus setahun, katanya.

HairanBlog - Nak tunggu GST ke tak nih?

Sumber: SuaraTV

3 comments: