YANG TERKINI

TONTON ONLINE KOT - Abang Long Fadil 2014

Tudia Abang Long Fadil Sudah Mari!..

Filem arahan Syafiq Yusof adalah antara yang menjadi tumpuan kerana element - element yang diterapkan didlam setiap filem beliau lebih segar dan versatile. Kami begitu suka dengan filem Abang Long Fadil 2014.


Sinopsis Filem Abang Long Fadil

Abang Long Fadil mengisahkan kehidupan Fadil selepas sahabat baiknya, Malik dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun. Fadil tidak mahu lagi masuk campur dalam dunia gangster dan mahu bebas daripada geng Shark, tetapi dia perlu melaksanakan satu tugasan terakhir sebagai hadiah untuk layak membebaskan diri daripada kumpulan gangster itu.

Shark membuli Fadil dengan memberikan tugasan yang dianggap mustahil bagi semua gangster di Kuala Lumpur iaitu untuk menakluk kawasan Kampung Berani.

Kampung Berani adalah penempatan orang Melayu yang sedang menghadapi krisis hak milik tanah peneroka dengan syarikat kapitalis diupah oleh sekumpulan gangster untuk mengugut penduduk kampung. Pada masa sama, kawasan itu dipegang oleh seorang gangster besar yang tidak diketahui identitinya.

Pelbagai peristiwa berlaku dalam percubaan Fadil untuk menakluk Kampung Berani. Secara tidak sengaja, Fadil bertemu dengan Adam, anak seorang pendekar dan mempunyai kekuatan luar biasa. Mereka bergabung untuk melawan samseng di kawasan berkenaan, dan akhirnya berdepan dengan ketua gangster paling berkuasa di situ.

Selamat Menonton!

p/s: Sila login ke gmail account untuk menonton filem online.

No comments