YANG TERKINI

HAIRAN KOT - Sebenarnya Harimau Putih Cuba Selamatkan Remaja Yang Terjatuh Dalam Kandang Zoo?

Seems legit...

Masihkan korang ingat akan kejadian yang menyayat hati yang mana seorang lelaki telah dibaham harimau putih setelah terjun atau terjatuh ke dalam kandang harimau tersebut di Zoo New Delhi?


Menurut laporan media, lelaki tersebut mati selepas lehernya digigit dan diheret oleh harimau putih tersebut jauh ke dalam kandang.

Namun, cerita tersebut bukan selesai di situ sahaja selepas laporan forensik dikeluarkan.

Menurut status Facebook yang dimuat naik seorang warga India, Manchu Vishnu, sebenarnya harimau itu berniat untuk melindungi dan menyelamatkan lelaki tersebut daripada ancaman orang ramai yang mula membaling batu ke arah mereka.


Kenyataan itu berdasarkan luka pada badan mangsa yang mana hanya terdapat pada bahagian leher yang mana ketika harimau tersebut menggonggong untuk dibawa ke tempat lain.

HairanBlog - Kami juga hairan jika harimau putih tersebut ingin membaham lelaki tersebut kerana lapar, sudah pasti jasad dan anggota badan mangsa tidak sempurna, namun mayat lelaki tersebut hanya cedera teruk dibahagian leher. Kami juga hairan, report ini boleh jadi hanya cover up bagi menutup kelemahan kawalan keselamatan di Zoo tersebut. Who Knows?

Sumber: SiakapKeli

2 comments: