YANG TERKINI

TERKEJUT KOT - Filem Dracula Untold Memutar-Belitkan Sejarah Islam?

Hollywood dan putar alam berpisah tiada...


Kami tertarik dengan perkongsian maklumat oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Fatihin Abshar yang telah berkongsi sedikit pandangan dan review beliau berkenaan filem Dracula Untold yang baru ditayangkan di pawagam seluruh dunia baru-baru ini.

Dalam entri tersebut, beliau mengupas dan memberi penjelasan sebenar disebalik filem Dracula tersebut. Yang menariknya dalam filem itu didapati terdapat fakta yang telah diputarbelit oleh Hollywood, sejarah yang telah dipesongkan dan dalam filem itu seolah-olah ingin menggambarkan sisi negatif yang terdapat pada tokoh Islam pada ketika itu.

Ikuti sepenuhnya entri beliau di bawah, bagi kami penerangan ini sesuatu yang berbaloi untuk kita ketahui. Tetapi untuk mereka yang belum menonton filem Dracula Untold ini, mari layan trailer dulu sepam!


Melihat cerita Dracula Untold memang benar mencabar. begitu dashyat putar belit Hollywood dalam mengggelapkan Sultan Al Fateh dalam filem ini.

Sekarang mudah sahaja nak mengubah sejarah, buat saja movies, masukkan elemen love sikit supaya penonton mudah cair ( kalau buat buku orang tak baca, kalau buat movies, genre action pula, confirm marketing dan audiensnya lebih meluas), tunjukkan sisi Vlad the Impaler yang sangat baik sampai sanggup korbankan diri kerana rakyatnya, manakala Turki Uthmaniyah dimainkan sebagai kerajaan yang sangat kejam dan gila kuasa.

Yang hairannya, mereka tidak pula menunjukkan bagaimana Vlad The Impaler membunuh delegasi Turki dengan mengetuk paku ke dalam kepalanya (dulu delegasi ialah orang tidak boleh dibunuh walaupun dalam perang sekalipun, kalau bunuh, itulah jenayah paling terbesar waktu ketika dahulu)

Mereka tidak tunjukkan penyembilan beramai ramai umat islam seramai 300,000 ribu orang di Wallachia oleh Vlad. Mereka tak tunjukkan pula payudara wanita dipotong dan penderaan seksual terhadap muslimah muslimah Islam oleh Vlad. Mereka tidak pula menunjukkan orang miskin direbus hidup - hidup oleh Vlad. Mereka tak pula tunjukan yang Vlad pernah meracuni sungai Danube

Tetapi dalam filem, nah!

Sekarang, Sultan Muhammad Al Fatih, sultan yang terbaik menurut sabda Nabi, pembuka Kota Constantiinople. Di mana strategi beliau merupakan strategi perang paling terbaik di dunia oleh pakar strategi zaman ini

Penawanan pula dibuat secara aman, tidak ada pembunuhan beramai ramai seperti apa yang dibuat oleh Rom, Parsi, dan Monggol apabila mereka menawan sebuah kota (Tapi seperti biasa, kebanyakan dokumentari dan buku sejarah Bharat kata tentera alFateh telah membakar, membunuh,menyembelih dan merogol rakyat jelata selama 3 hari 3 malam)

Malah Sultan Mehmet II( Al Fateh) juga digelar sebaik baik raja menurut hadis nabi tapi kini sudah dianggap dunia sebagai seorang pembuli, berlagak, dan gila kuasa dek kerana filem ini!

Jannisari, kumpulan tentera komando elit pada Turki Uthmaniyah juga tidak terlepas dari fitnah ini

Iya,
sememangnya sejarah merakamkan Turki Uthmaniyah mengambil anak anak Kristian sebagai ahli

Ya,
dalam satu sudut nampak seperti oppress, tetapi tujuan Sultan mengambil anak anak Kristian, ialah golongan ini tidak ada kepentingan pollitik ataupun mana mana hubungan dalam pimpinan negara ini memastikan tidak berlaku "coup-de-etat" di kalangan tentera Janissari terhadap kerajaan

Malah pengambilan bukannya sekejam digambarkan dalam filem ini direkodkan ibu bapa Kristian merebut merebut menghantar anak mereka ke Jannisari kerana mereka akan mendapat paling terbaik oleh negara

Mereka akan belajar secara percuma, disekolah percuma, makanan diberi percuma siap ada ibu bapa yang menyamar jadi Kristian lagi semata mata ingin menghantar anak mereka untuk menyertai Jannisari!! Mana tidaknya, semua percuma

Kata sejarawan Georgiades Arnakis:-
"Polisi Turki Utmaniyah antara paling baik kepada golongan Kristian berbanding kerajaan sebelumnya seperti Byzatine dan Roman"
Satu lagi, Lakonan Dominic sebagai Sultan Mehmet agak tidak sesuai ( nama pun cerita kait sejarah kan, mestilah buat betul betul ikut karakter,orang dalam bidang lakonan mesti lagi sangat tekankan benda ini)

Kalau kita lihat lukisan Gentile Bellini yang melukis muka Mehmet Al Fateh, ia lebih segak dan hensem kot
sebab sultan sultan di Turki Utmaniyah waktu itu sangat dijaga rutin hidupnya dan pemakanannya oleh pakar pakar nutrisi sentiasa supaya tampak segak dan tampan, mereka tinggi, badan sasa dan tidak gemuk. Bila musuh melihat sahaja sudah kagum dan gerun.

Iya dalam durasi 92 minit sememangnya waktu yang sangat singkat untuk menceritakan sebuah tamadun yang bertahan lebih 600 tahun lamanya

Saya akui, saya juga tidak memaksumkan kerajaan Turki Uthmaniyah dan membuat kesimpulan bahawa tamadun ini tidak mempunyai sisi sisi gelap yang boleh diambil iktibar. Tetapi menghitamkan zaman kerajaan Turki Uthmaniyah pada era kegemilangannya dan memutihkan Vlad The Impaler yang sangat kejam dan seorang pembunuh adalah tindakan kurang adil bukan sahaja sebagai sejarawan tetapi dari segi manusiawi!

*
Apapun, kelemahan kita orang islam juga ada, filem Malaysia masih di tahap memalukan. Dari Mamak Cupcake, Rindu Awok 101%,movies races races. mat rempit jadi contoh, hantu terlompat, hantu puyong, tak habis filem tahyul yang tidak membina penonton.

Lihat saja mereka membuat movies ini bukannya ilmu sejarah datang dengan tiba tiba semuanya dengan kajian dan bacaan. Moga sinar kebangkitan filem filem Melayu dapat dipelopori seperti MrTheAllShared dan Hamasah Syabab yang akan memenuhi vakum kekosongan filem filem berkualiti dari tempatan mahupun dari dunia islam.

Tiba masanya kita pula menyebarkan propanganda melalui filem! Maksud saya bukan lagi filem filem cinta islamik, tetapi filem sejarah islam kita!

HairanBlog - Cerita Hollywood nih, nak tengok boleh,, percaya JANGAN!

Sumber: Fatihin Abshar

2 comments:

  1. Replies
    1. ko nie mentaliti melayu! malas membaca!

      Delete