YANG TERKINI

GOSSIP KOT - Hanis Zalikha Dilamar Hairul Azreen Semasa Finale Gegarvaganza

Oh soo Suwiiiit!!

Kami tidak menyangka bahawa pelakon Hairul Azreen telah membuat kejutan dalam program finale Gegarvaganza yang disiarkan secara langsung malam tadi dengan melamar pelakon Hanis Zallikha. Desas - desus sebelum ini ketika ditanya Hairul tidak mengaku mempunyai hubungan istimewa dengan Hanis, tapi malam tadi terbukti bahawa niat Hairul untuk mengambil Hanis sebagai isteri adalah benar.



Finale Gegarvaganza telah disiarkan melalui Astro Ria malam tadi. Hairul telah membuat aksi breakdance sebelum Hanis dijemput pengacara Nabil Ahmad dan Jehan Muse naik ke pentas.

Saya mahu awak jadi teman baik saya. Saya mahu awak jadi rakan kongsi perniagaan saya dan saya mahu awak jadi isteri saya yang sah.

Sebelum datang ke sini, saya telah berjumpa dengan mak ayah awak untuk memdapat restu mereka.

Ini bukan cincin tunang, ini bukan cincin nikah. Ini adalah cincin tanda awak setuju dengan lamaran ini.

Sudikan awak menjadi isteri saya?.
Hanis yang kelihatan terpempan dengan lamaran itu ditanya sekali lagi, dan kemudiannya mengangguk bersetuju dengan lamaran tersebut.
Ya, saya terima lamaran ini, InsyaAllah.
HairanBlog - Sama - sama kita nantikan majlis perkahwinan mereka. Kepada Amran, jangan bersedih. Nasi sudah jadi bubur, bubur pula diambil orang.

Sumber: BeautifulNara


No comments