YANG TERKINI

GOSSIP KOT - Sharifah Sakinah Tak Kisah Tayang Peha Untuk Majalah?

Hmmmmmmm...


Sharifah Sakinah yang bakal bergelar isteri pada 28 Mac ini  telah pun menjadi penghias kulit hadapan majalah Wanita & Wawasan edisi terbaharu. Aksinya yang menunjukkan sebahagian peha yang mulus untuk majalah tersebut telah pun mendapat kritikan ramai. Ramai yang melabel Sharifah Sakinah sebagai seorang yang terlalu berani beraksi seksi tanpa mempedulikan komen dan pendapat orang ramai.

Jika dilihat di Instagram beliau, banyak lagi gambar - gambar seksi beliau namun bagi kami cukuplah semua ini. Sudah tiba masa untuk berubah. Namun bagi empunya badan, berani buat beranilah tanggung. Kata Sharifah Sakinah:-
Kalau kita asyik nak fikir apa orang kata, tidak ke manalah jawabnya. Saya ada pendirian saya. Lagipun bakal suami saya mengenali saya seadanya. Sebagai artis saya faham, sentiasa ada banyak mata yang memerhatikan kita. Ini jalan yang kita pilih, kita harus terima.

Bagi saya, imej itu bukan isunya tapi apa yang penting kita tahu tanggungjawab. Kalau nak terbuka atau tertutup, soal seksi atau tidak, jika seseorang itu berani buat dia juga perlu berani tanggung risikonya. Kalau kita seksi tapi orang tak suka, ada orang kata apa yang kita buat itu salah atau betul, kita kena terimalah.

Berbalik kepada isu perkahwinan Sharifah Sakinah, rupanya tiada wang hantaran untuk majlis perkahwinan Sharifah Sakinah bersama bakal suaminya, Aliff Adha kelak. Bukan selalu si gadis berbuat sebegini. Hmmmm baguih2. Katanya:-
Bakal suami saya tak beri wang hantaran sebab memang saya tak minta. Lagipun apa yang penting kami mahu halalkan perhubungan kami, jadi kami tak ikut sangat adat. Saya rasa selepas kahwin pun, tiada apa yang berubah sangat. Kerjaya saya masih lagi seperti biasa. Dia (Aliff) sangat memahami. Kami akan tetap seperti teman lelaki dan teman wanita cuma bezanya hubungan kami sudah halal.

#HairanBlog - Apapun tahniah diatas perkahwinan Sharifah Sakinah dengan suami cuma kami berharap dan berdoa supaya Sharifah Sakinah mengambil pendekatan untuk lebih sensitif dan berubah dengan menutup aurat. Bukan untuk kami, tapi untuk Allah, Agama, Suami dan keluarga. 


No comments