YANG TERKINI

#GossipArtis - Kaka Azraff Disamakan Dengan Lembu?

Tudia, sampai macam tu sekali?

Kaka Azraff menerima pelbagai kritikan apabila memuat naik gambar beliau bersubang di hidung sehinggakan beliau disamakan dengan seekor lembu.


Sedar dirinya menjadi bahan jenaka ramai kini, Kaka merasakan komen itu antara paling jahat. Walaubagaimanapun, anak saudara kepada penyanyi rock Ella ini tidak berkecil hati kerana peminat tidak tahu cerita sebenar disebaliknya
Biarpun saya merasakan komen menyamakan saya seperti lembu itu adalah yang paling jahat tetapi saya tidak ambil hati kerana mereka tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku.
Tambahan pula saya tidak menjelaskan apa sebabnya saya berpakaian sedemikian sehingga mereka sanggup berkata sebegitu.
Kaka turut memberitahu, beliau hanya mengikut tema apabila ditawarkan untuk menjadi model busana tersebut bagi sebuah sesi fotografi seorang penuntut universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam yang sedang menyiapkan projek akhirnya.
Saya setuju menjayakan projek itu kerana tidak sebelum ini tidak pernah menjayakan tema Bollywood selain ingin menyokong pelajar berkenaan yang ingin menggunakan selebriti untuk projek mereka.

Saya tidak boleh masuk campur urusan konsep yang hendak disampaikan kerana itu projek mereka dan saya sebagai model hanya ikut sahaja.

#HairanBlog - Lumrah seorang public figure untuk menerima dan menelan segala kritikan pemerhati dan keyboard warrior. Namun, bagi kami sekiranya tiada subang dihidung pun temanya tetap menjadi kan?

3 comments:

  1. hidung kena cucuk..maknanya mudah nak kena tarik.. sangkut tali je.. boleh la tarik...

    ReplyDelete