YANG TERKINI

GOSSIP KOT - Nama Tauke Pula Dikaitkan Dengan Isu Mesej Lucah?

Pulak Dah!


Baru-baru ini dua orang wanita telah muncul di akhbar Berita Harian mendakwa seorang pelawak popular telah memperdayakan ramai wanita dengan meminta gambar bogel mereka. Pelawak itu meng"ayat" wanita di media sosial dengan meminta gambar bogel mereka dan dia juga dikatakan menghantar gambar alat sulitnya pada wanita-wanita tersebut.

Namun, kami terkejut apabila nama Tauke antara nama pelawak yang dispekulasi menjalankan kegiatan tersebut kerana dia sering dilihat bergambar mesra dengan ramai wanita.

Melalui Harian Metro, Tauke bagaimanapun menafikan dirinya adalah pelawak yang diperkatakan.
Dosa kita yang lepas menghantui kita sekarang. Maksud saya bukanlah dosa maknanya kenakalan kita yang lepas menjadikan kita sekarang.

Perkara itu dah berlalu tapi apabila ada lagi benda-benda begini, orang akan menuding jari pada saya sedangkan ramai lagi pelawak di negara kita.

Ramai lagi yang nakal tapi apabila ada kes membabitkan pelawak, orang akan kata Taukelah orangnya.

Contohnya dalam rumah kita sendiri. Dulu seorang adik kita dituduh mencuri. Bila hilang saja duit, dia pasti akan dituduh padahal orang lain yang buat.

Walaupun orang luar datang mencuri tapi inilah persepsi. Kalau bolehlah saya minta masyarakat jangan cepat buat andaian tanpa membaca sesuatu berita sampai habis.

Dapatkan cerita sebenar dan jangan tuduh Tauke yang salah, kena baca dan fahami betul-betul. Memang bukan saya yang buat.
Tauke bagaimanapun tidak bercadang mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang mengaitkan dirinya dengan gosip tersebut.
Apabila berlaku spekulasi begini, kita nak marah siapa? Sebabnya yang mencetuskan spekulasi itu ialah orang ramai yang memberi komen.

Takkanlah saya nak saman peminat semua? Mereka ada hak nak menaip. Mereka ada upaya untuk buat kerja begitu.

Bagaimanapun satu perkara yang saya nak tegur ialah pemikiran dan yang kedua jauhilah fitnah.
Dengan penjelasan ini, mungkin Tauke tidak akan dikaitkan lagi dengan gosip tersebut. Siapa sebenarnya pelawak yang dimaksudkan sememangnya menjadi tanda tanya.

#HairanBlog - Kami sekali lagi hairan, kenapa tak terus sahaja buat laporan polis memandangkan bukti dah ada, kenapa nak jumpa media? Ada agenda tersendiri ke?


No comments