YANG TERKINI

COOL - Pokemon Go! Membolehkan Anda Menangkap Pokemon Di Dunia Sebenar?

This is Awesome!


Buat peminat setia Pokemon yang sentiasa mengikuti siri kartun mahupun siri gamenya. Ianya sangat popular sehingga pernah muncul di akhbar tempatan ibu bapa merungut anak-anak mereka menghabiskan wang membeli kad Pokemon untuk dimainkan. Tahun ini ialah ulang tahun ke-20 permainan yang dicipta oleh Satoshi Tajiri dan sebuah permainan baru bakal dilancarkan tahun hadapan menggunakan teknologi Alternate Reality (AR).

Pokemon Go ialah aplikasi permainan untuk Android dan iOS. Di dalam permainan ini anda boleh menangkap Pokemon di dunia sebenar. Ia memerlukan anda keluar dari rumah dan memburu Pokemon yang hanya boleh dilihat menerusi skrin peranti. Permainan ini dibangunkan oleh Niatic, syarikat yang sebelum ini terkenal dengan sebuah lagi permainan AR terkemuka Ingress. Selain menangkap Pokemon anda juga boleh berlawan ataupun melakukan pertukaran Pokemon yang dengan pemain yang lain.


Terdapat juga peranti boleh-pakai Pokemon Go Plus yang boleh dibeli oleh pemain. Peranti boleh pakai ini akan berkelip serta bergetar apabila pemain berada berhampiran seekor Pokemon maya. Jadi anda tidak perlu sentiasa melihat skrin peranti untuk memburu mereka. Tiada maklumat lanjut diberikan setakat ini. Tetapi kami yakin kemampuan menangkap Pikachu, Mewto dan Charizard di dunia sebenar pasti mengujakan peminat Pokemon tanpa mengira umur.


Sumber: AMANZ.MY

1 comment: