YANG TERKINI

Lelaki Ini Berjaya Tangkap Semua Watak Dalam Pokemon GO


Semenjak Pokemon GO dilancarkan, applikasi permainan ini ternyata mempunyai ‘aura’ luar biasa sehingga menjadi ‘kegilaan’ seluruh dunia. (Maaf Malaysia belum boleh lagi bermain)

Buktinya, tidak sampai sebulan dilancarkan, seorang pemain aplikasi permainan Pokemon Go dari Brooklyn, Amerika Syarikat (AS) mendakwa telah berjaya menangkap kesemua watak animasi itu.

Nick Johnson, 28, dilaporkan telah berjaya menangkap kesemua 142 watak animasi yang boleh ditemui di sekitar AS. Menurut laporan Business Insider, pakar IT itu mengambil masa kira-kira dua minggu untuk mencari kesemua raksasa digital itu.

Johson memberitahu, dia pernah berjalan selama 8 jam tanpa henti hanya untuk mencari Pokemon itu. Selain itu, aplikasi kesihatan di telefonnya juga menunjukkan dia berjaya sejauh kira-kira 12 kilometer setiap hari untuk menangkap Pokemon. Beliau juga terkejut kerana kehilangan berat badan sebanyak 4 kilogram semenjak beliau muat turun Pokemon GO.

Sementara itu, Johnson kini bakal memulakan jelajah dunia untuk menangkap banyak lagi watak animasi itu. Apa yang menariknya, kos perjalanannya menangkap Pokemon itu bakal ditaja oleh sebuah agensi pelancongan.

Berdasarkan video game asli Pokemon, jumlah keseluruhan watak animasi tersebut adalah 151.

Bagaimanapun, tiga watak pokemon lain hanya boleh didapati di negara lain iaitu Farfetch’d (Asia), Kangaskhan (Australia) dan Mr. Mime (Eropah).

Manakala enam lagi watak Pokemon Articuno, Ditto, Mew, Mewtwo, Moltres dan Zapdos masih lagi belum dilihat di mana-mana.

tags: pokemon, pokemon go, pokemon go android, pokemon go apple, nick johnson, download pokemon go, install pokemon go, muat turun pokemon go

No comments