YANG TERKINI

4 Jenis Sayuran Bantu Anda Cepat Hamil


Untuk maklumat pembaca, semua jenis sayur ada nutrisi yang tersendiri tapi terdapat beberapa jenis sayur yang dikatakan membantu mempercepatkan kehamilan. Sayuran ini secara spesifiknya mengandungi zink, asid lemak omega 3, antioksidan dan nutrisi lain yang meningkatkan kesuburan wanita, ovulasi dan kualiti telur.

Bagi yang merancang untuk menimang cahaya mata, boleh amalkan sayuran ini.

1. Bayam

Bayam mengandung zat besi, folat, zink dan antioksidan yang baik untuk kesuburan wanita dan membantu wanita untuk cepat hamil. Boleh amalkan hidangan bayam secara sihat seperti dikukus, direbus atau dijadikan salad.

2. Daun Bit

Kita biasa mendengar manfaat ubi bit tapi jarang mendengar khasiat daunnya. Ia sebenarnya kaya zat besi yang penting untuk membantu kehamilan.

Daun bit juga kaya vitamin C dan folat, yang merupakan nutrisi lain diperlukan untuk kehamilan.

3. Brokoli

Brokoli membersihkan tubuh dari metabolit hormon seperti lebihan metabolit estrogen dalam tubuh yang mengganggu hormon-hormon kehamilan normal.

4. Biji Labu Dan Tiram

Biji labu dan tiram tinggi kandungan zink, zat besi dan asid lemak omega-3. Kekurangan zink dalam tubuh secara langsung berkait dengan ketidaksuburan lelaki dan wanita.

Pengambilan khasiat ini penting dalam menjaga kualiti telur dan sperma selain membantu melindungi sperma dari kerosakan kromosom.

tags: sayur, sayuran, nutrisi sayur, sayur untuk hamil, diet seimbang, makanan diet, diet semasa hamil, cepat hamil, cara cepat hamil

No comments