YANG TERKINI

6 Sikap Yang Harus Dihindari Oleh Sang Suami Dalam Rumah Tangga

6 Sikap Yang Harus Dihindari Oleh Sang Suami Dalam Rumah Tangga


Bukan senang nak maafkan seseorang yang dah buat silap. Tambah kalau bab yang menyakitkan hati tapi demi hubungan yang jernih dan masa depan anak-anak, apa salahnya melihat sudut pahit itu jadi yang lebih indah. Dan buat kaum lelaki, anda patut tahu yang wanita cukup tak suka dengan enam sikap ini...


1. Workoholic
Lelaki yang kuat bekerja agak membosankan sebenarnya. Ini kerana si dia sibuk dengan kerjaya sehingga membuatkan anda berasa terpinggir. Kuat bekerja sangat bagus berbanding si dia sibuk dengan hal yang tidak jelas dan langsung tidak menghasilkan wang. Kalau si dia berwang, anda juga yang untung, kan?


2. Tak Gemar Masakan Anda
Walaupun sakit hati apabila dia terus terang tidak gemar masakan anda kerana alasannya kurang sedap, namun sebenarnya bagus juga. Tidaklah nanti apabila berkahwin, dia asyik meminta anda memasakkan makanan kegemarannya.


3. Selalu Penat
Balik dating selalunya anda mengharapkan si dia menghantar SMS atau WhatsApp yang mengimbau kenangan waktu dating tadi. Tapi, si dia langsung tidak berbuat demikian. Alasannya penat dan mahu berehat. Maafkanlah dia kerana inilah waktunya untuk anda berehat dan berjauhan agak lama supaya rindu lebih 'menggebu'.


4. Suka Berkumpul Dengan Kawan
Biarkan dia berkumpul dengan kawan-kawannya kerana anda juga masih berpeluang berkumpul sesama kawan wanita anda. Itu lebih baik berbanding si dia keluar dengan wanita lain. Oppss...


5. Beli Gajet Mahal
Kerap bertukar gajet misalnya telefon bimbit versi terkini memang nampak membazir. Namun bukankah anda juga yang bangga apabila mempunyai kekasih hati yang ada taste berbanding lelaki lain yang masih memakai telefon bimbit keluaran lapan tahun lepas.


6. Tak Pernah Belikan Hadiah
Ada lelaki yang tidak pandai membelikan hadiah untuk teman wanitanya. Jika si dia tidak membelikan apa-apa misalnya pada hari jadi anda, jangan marah. Ucapan dan kiriman mesej di telefon bimbit sudah memadai. Namun pastikan si dia memberi anda hadiah istimewa pada hari ulang tahun perkahwinan nanti.


tags:6 sikap dihindari, suami, rumahtangga, isteri

No comments