YANG TERKINI

9 Cara Mudah Untuk Jadi Orang Kaya

9 Cara Mudah Untuk Jadi Orang Kaya

Penulisan asal artikel ini pernah dikongsikan oleh beberapa orang selebriti agama, pakar motivasi dan pernah mendapat puluhan ribu share sebelum ini. Idea ‘memberi’ yang agak simple dan boleh diamalkan oleh semua dalam kehidupan seharian. Semoga boleh dikongsikan untuk manfaat semua.

Ramai orang nak merasa jadi orang kaya. Anda pun begitu juga kan? Jika ya, boleh try amalkan tip simple ini:

1. Lepas makan di restoran/gerai makan, tinggalkan sahaja duit balance yang seringgit dua sen tu sebagai tip kepada mereka yang serve kita. Tak luak pun duit di dalam poket. Jutawan pun belum tentu boleh buat.

2. Masa isi minyak kereta, lepas attendan pam tolong kita cuci cermin atau isikan minyak, ringankan tangan bagi token. Tak kiralah apa bangsa sekalipun, kita tidak tahu doa yang mana akan makbul. Mereka yang berkereta mewah dan pakai driver, belum tentu ada peluang untuk buat begitu.

3. Jika kita singgah solat di mana-mana surau atau masjid, jangan lupa lepas solat seluk poket untuk cari duit yang paling besar untuk sedekahkan ke tabung masjid. Manalah tahu, mungkin itu sumbangan terakhir kita. Hanya orang yang betul-betul kaya mampu berbuat demikian.

4. Cuba ubah tempat kita shopping barang keperluan harian. Selalunya kita ke pasaraya besar seperti Tesco/Giant. Kali ini kita cuba shopping di pasar tani pula. Sambil itu boleh tolong penjual/petani. Tak perlu berkira sangat minta tawar-menawar harga sayur atau lauk mentah tu. Tak ada beza sangat kot.

5. Time nak belikan mainan anak, bawa saja mereka ke pasar malam. Bagi duit RM10, macam-macam toys boleh beli di sana. Sambil itu boleh bantu peniaga pasar malam sekali. Daripada pergi gedung permainan, RM10 boleh buat bayar parking sahaja.

6. Apabila naik teksi, genapkan saja tambang tu dengan niat untuk sedekah. Jika mereka diberi peluang, mungkin mereka tak nak jadi pemandu teksi. Dalam masa yang sama tak semua orang berpeluang naik teksi dan jadi penumpang macam kita.

7. Adakala kita tengah beratur di kaunter bayaran mini market, jumpa budak-budak merengek-rengek nak something yang mereka nak sangat-sangat. Apa salahnya tolong ambilkan dan bayarkan. Buat mereka terkejut dan pasti tersenyum selepas itu.

8. Semasa dalam perjalanan balik kampung, singgah di mana-mana R&R, liarkan pandangan kita. Tengok-tengoklah orang sekeliling. Ada yang singgah dengan family ramai, naik kereta lama siap berhimpit anak ramai. Makan pun macam kena kongsi. Apa salahnya belikan air atau bayarkan makan walaupun mereka mampu.

9. Masa kita minum di kedai kopi/kedai makan, sekali-sekala itu apa kata kita cuba bayarkan makan atau minum untuk meja sebelah. Lihat dululah meja, tengok yang mana yang patut dibayar. Tak perlu sebab dan alasan.

10. Jika ada peluang pergi melawat orang sakit di wad, time nak belikan buah tangan, apa kata beli extra one pack. Standby siap-siap. Beri pada jiran dia di katil sebelah. Doakan kesejahteraan mereka. Besar nilainya bagi orang yang tengah sakit dapat ingatan sebegitu. Orang kenamaan sahaja biasanya ada peluang buat begitu.

Sebenarnya, Kita tidak memerlukan masa dan tempat yang sesuai untuk menjadi orang kaya. Kita juga tak perlu sebab dan alasan tertentu untuk menjadi seperti orang kaya. Dimana-mana sahaja, setiap masa boleh menjadi orang kaya. Apa yang penting adalah keikhlasan.

Cubalah, saya yakin insyaAllah anda akan menjadi seperti orang kaya dan usah khuatir kerana anda tidak akan jatuh miskin jika amalkan. Hari ini mungkin tangan kita yang memberi, mana tahu esok lusa kita pula yang akan menerima? Syabas buat mereka yang ‘pernah’menjadi orang kaya.

Moga semua orang menjadi orang kaya dunia dan akhirat.

tags: cara buat duit, orang kaya, cara mudah, 9 cara jadi kaya, cara mudah kaya, tips untuk kaya, jutawan kosmetik

No comments