YANG TERKINI

Hanez Suraya Kembali Berlakon Setelah Dua Tahun Menyepi


Hanez Suraya Kembali Berlakon Setelah Dua Tahun Menyepi

Lebih dua tahun menyepikan diri daripada bidang lakonan, Hanez Suraya kembali le lokasi menerusi karya berjudul Nukilan Ramadhan yang memulakan penggambaran hari ini.

Hanez atau nama sebenarnya Hanez Suraya Abdul Aziz, 31, berkongsi perkembangan baharu itu di akaun Instagram peribadi pagi tadi, selepas kebelakangan ini dilihat lebih gemar memuat naik gambar aktiviti bersama keluarga terutama selepas bergelar ibu.

"Alhamdulillah. Hari pertama di Madrasah Rahmaniyah (Rohingya). Semoga mereka (kanak-kanak Rohingya) sentiasa dilindungi serta dan diberkati," katanya menerusi dua gambar berbeza.

Biarpun pernah meluahkan perasaan rindu terhadap kerjaya lakonan, Hanez akur dengan status sebagai isteri dan ibu yang perlu memberikan tumpuan penuh terhadap keluarga. Terdahulu bintang drama Autumn Di Hatiku itu pernah memaklumkan agak sukar memenuhi tawaran buat waktu ini memandangkan urusan rumah tangga diuruskannya sendiri.

Hanez berkahwin dengan ahli perniagaan yang juga duda dua anak, Romie Razin Adilha pada Mac tahun lalu dan melahirkan puteri pertamanya, Puteri Aleesya pada akhir hujung 2015.

Hanez Suraya Kembali Berlakon Setelah Dua Tahun Menyepi


Sumber : Berita Harian

tags: hanez suraya, berlakon kembali, dua tahun menyepi

No comments