YANG TERKINI

Kamal Adli dan Emma Maembong Sudah Putus Cinta

Kamal Adli dan Emma Maembong Sudah Putus Cinta

Pepatah Bagai Pinang Dibelah Dua kami sering kaitkan dengan hubungan Emma Maembong dan Kamal Adli yang dahulunya cukup manis dan kelihatan manis bersama. Kisah cinta mereka menjadi kegemaran ramai, malah ada yang mahu menjadi seperti pasangan tersebut.

Namun, tak semua melalui saat - saat bahagia selamanya. Kadang - kadang dalam perhubungan pastinya ada hujan dan ribut yang melanda bagi menguji kesetiaan dan kasih sayang pasangan.

Bermula daripada kenyataan Emma yang menggambarkan hubungan mereka bermasalah, pengakuan Kamal tentang kesilapannya serta gosip kehadiran orang ketiga dalam hubungan mereka, semuanya menjadi satu tanda tanya.

Walaubagaimanapun, terbaru menurut Raja Mawar di Bipop, hubungan Emma dan Kamal sebenarnya sudah berakhir minggu lepas. Menurut sumber Raja Mawar, Emma sendiri yang membuat pengakuan tersebut.

Mungkinkah Emma sudah terasa hati dengan sikap Kamal? Sayangnya ramai yang mengharapkan hubungan ini kekal sehingga ke jinjang pelamin memandangkan Emma dan Kamal pernah melalui episod cinta yang agak sedih bersama bekas kekasih masing-masing.

Mungkin ini lah sebabnya orang tua-tua berkata, kalau bercinta jangan lama-lama. Kamal, kalau anda dan Emma sudah betul-betul saling mencintai, masuk meminang sahaja dan buktikan kasih sayang anda pada pasangan.

tags: kamal adli, emma maembong, gambar kamal adli, gambar emma maembong, gosip artis malaysia, beautifulnara, bagai pinang dibelah dua

No comments