YANG TERKINI

Kamal Adli Akui Masih Sayangkan Emma Maembong

Kamal Adli Akui Masih Sayangkan Emma Maembong

Masih ingat gossip kononnya hubungan Kamal Adli dan Emma Maembong tidak kesampaian? Ada yang mengatakan hubungan cinta mereka sedang berantakan dan mungkin bakal berakhir tidak lama lagi.

Namun, berpantang maut sebelum menyerah! Ia tidak bermakna Kamal Adli akan berputus asa begitu sahaja. Mengakui masih sayangkan Emma dan berniat mahu hubungan mereka berakhir dengan baik. Kamal akan sedaya upaya mempertahankan cintanya itu.
Fakta yang tidak boleh diubah adalah saya sangat sayang insan bernama Emma Maembong. Saya juga tidak mahu hubungan kami berakhir separuh jalan. Hubungan ini akan saya selamatkan selagi terdaya.
Kamal Adli Akui Masih Sayangkan Emma Maembong

Pada masa yang sama, Kamal menjelaskan masalah antara mereka timbul bukan kerana orang ketiga tetapi kerana sikap beliau sendiri.

Kamal memohon maaf atas apa yang berlaku dan berkata beliau bersungguh-sungguh mahu memperisterikan Emma.
Apa yang terjadi antara kami tiada kena mengena dengan orang ketiga. Kesalahan patut dituding kepada saya. Sebagai manusia biasa, banyak perkara yang perlu saya perbetulkan. Setiap hubungan juga ada fasa turun naik. Saya mohon maaf atas kekhilafan itu. Pastinya saya bukan main-main malah serius dalam perhubungan ini selain ingin memperisterikannya.

Saya pun bukan makin muda. Jadi, saya harap yang di luar tidak pantas menghakimi hal ini. Beri masa kepada kami. Saya minta peluang dan doakan yang baik untuk kami berdua.
Kamal Adli Akui Masih Sayangkan Emma Maembong

Apa kata kita doakan sahaja mereka berdua supaya kembali berpaut. Berikan mereka sedikit ruang untuk berbincang dan membuat keputusan yang terbaik - Encik Hairan

Sumber - beautifulnara

tags: kamal adli, emma maembong, gossip, gossip kamal adli dan emma maembong, 

No comments