YANG TERKINI

Khasiat Dan Kebaikkan Lemon Beku


Apabila disebut tentang buah lemon pasti ramai yang akan terfikir tentang kesihatan atau untuk masakan. Ya, memang benar buah lemon mempunyai banyak kebaikan di dalam masakan dan kesihatan.

Untuk kesihatan kebanyakkan golongan wanita menggunakan buah lemon sebagai air detox iaitu minuman yang boleh menurunkan berat badan. Tetapi tahukah anda pelbagai cara yang boleh kita lakukan untuk menjaga kesihatan tubuh badan kita supaya kekal sihat? pernah dengan lemon beku? apa itu lemon beku ? jadimari admin kongsikan apa Khasiat Dan Kebaikkan Lemon Beku Untuk Kesihatan

Kulit lemon sememangnya mengandungi  5 hingga 10 kali lebih banyak vitamin daripada jus lemon itu sendiri. Kebanyakkan darpada pengguna selalu membuang bahagian kulit lemon kerana mereka fikir ianya tidak membawa manfaat malahan juga rasanya pahit berbanding masam di dalam.

Oleh yang demikian sekarang kamu tidak perlu untuk buang lagi kesemua bahagian-bahagian yang terdapat pada buah lemon tersebut apabila kamu sudah membekukan lemon itu. Caranya adalah ternyata amat mudah, anda hanya perlu parutkan kulit lemon yang sudah dibekukan itu ke atas setiap hidangan kamu dan nikmatilah rasa asli buah lemon tersebut yang mengandungi pelbagai nutrient yang amat baik untuk kesihatan!

Khasiat Dan Kebaikkan Lemon Beku

Rahsia lemon

Kulit lemon akan bertindak sebagai rejuvenators kesihatan anda dalam membasmi toksik-toksik yang terdapat di dalam badan anda. Selain itu , ianya mengeluarkan toksin di dalam badan serta lemon juga boleh mematikan sel-sel kanser dan tidak akan membahayakan sel-sel yang sihat.

Khasiat daripada buah lemon beku juga boleh meningkatkan rasa makanan atau minuman kamu. Lemon juga adalah lebih 10.000 kuat daripada rawatan kimoterapi. Ianya merupakan buah perubatan yang sangat berkesan.

Lemon juga turut  mengandungi limonoids yang menghalang pertumbuhan-pertumbuhan sel-sel kanser payudara. Kajian juga mendedahkan bahawa ianya memusnahkan sel-sel malignan dalam 12 jenis kanser, termasuk kanser kolon,  kanser prostat, kanser  pankreas, kanser payudara,dan kanser paru-paru .
Ini adalah disebabkan Ianya mempunyai kesan anti-mikrob terhadap jangkitan bakteria dan kulat dan ianya amat  berkesan terhadap parasit dalaman dan cacing. Lemon juga dapat mengawal tekanan darah anda, yang terlalu tinggi dan ianya juga bertindak sebagai anti-depresan. Ianya juga  memerangi tekanan dan gangguan pada saraf dan juga amat berkesan untuk gangguan otak seperti penyakit Parkinson.

Lemon juga dapat membersihkan usus anda, ianya meningkatkan peristalsis dalam usus supaya kamu membuang air besar sekali gus menghapuskan sisa toksin. Asid sitrik yang terkandung dalam jus lemon akan  amat membantu untuk anda  menghindarkan  daripada penyakit batu karang dan deposit kalsium.

Semoga bermanfaat.

Sumber : remaja.my

tags: lemon beku, lemon, khasiat lemon beku, lemon

No comments