YANG TERKINI

Kuil Pagoda di Myanmar Rosak Teruk Akibat Gempa Bumi


Menurut sumber dari portal luar, The Guardian, Satu gempa bumi kuat menggegarkan Myanmar dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.30 petang waktu Malaysia.

Menurut beberapa laporan gempa kuat itu telah menyebabkan beberapa kuil dan pagoda runtuh dan rosak teruk di bandar lama Bagan.

Kawasan tersebut, yang disebut sebagai 'Angkor Wat Kambodia', mempunyai lebih dari 2,000 kuil dan pagoda serta menjadi kawasan tarikan pelancong.

Gegaran akibat gempa itu juga turut dirasai di Bangkok yang berada 1,000 km dari kawasan tersebut.





tags: kuil, kuil pagoda, kuil myanmar, gempa bumi, kuil pagoda rosak teruk, the guardian, angkor wat kambodia

No comments