YANG TERKINI

Muhyiddin Daftar Parti Baharu



Tan Sri Muhyiddin Yasin, yang merupakan bekas timbalan perdana menteri dilaporkan telah mendaftar parti baharu pada 9 Ogos 2016.

Parti tersebut dinamakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau singkatannya Bersatu baru sahaja dihantar pendaftarannya kepada ROS, dan menunggu kelulusan untuk bergerak secara rasmi

Jemputan yang diviralkan kepada media menyebut Muhyiddin akan menyerahkan sendiri borang permohonan parti berkenaan di pejabat pendaftar pertubuhan Putrajaya petang ini.



Sekiranya parti ini berjaya didaftarkan, ia akan menjadi satu lagi parti pecahan Umno dan dijangka akan disertai bekas-bekas ahli Umno.

Dalam percubaan mengemukakan borang pendaftaran parti minggu lepas, Muhyiddin diakatakan gagal berbuat demikian kerana beberapa kesilapan teknikal mengisi maklumat.

Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) juga menjelaskan bahawa parti ini walaupun terbuka kepada bumiputera sahaja tetapi rakyat Malaysia yang bukan bumiputera tetap boleh menjadi ahli secara bersekutu dan ada hak seperti ahli lain.


tags: muhyiddin, parti baharu, parti bersatu, parti pribumi bersatu, mahathir, mukhriz



No comments